awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC sasar bentang laporan pengurusan COVID-19 pada sidang Parlimen Okt-Nov

Bernama
Bernama
22/08/2023
09:07 MYT
PAC sasar bentang laporan pengurusan COVID-19 pada sidang Parlimen Okt-Nov
Mas Ermieyati berkata lima saksi telah memberikan keterangan dan penjelasan dalam prosiding kedua yang diadakan pada hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) komited untuk membentangkan laporan berhubung Pengurusan Wabak COVID-19 untuk dibahaskan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua, Parlimen ke-15 2023, yang dijadual bersidang mulai 9 Okt hingga 30 Nov ini.
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam satu kenyataan berkata lima saksi telah memberikan keterangan dan penjelasan dalam prosiding kedua yang diadakan pada hari ini.
Beliau berkata mereka yang memberi keterangan dan penjelasan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Seri Norazman Ayob, mantan Ketua Setiausaha (KSU) KKM Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, mantan KSU KKM Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, mantan Ketua Pengarah KKM Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan mantan Ketua Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan KKM Datin Seri Dr Asmah Samat.
"PAC ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada saksi-saksi yang hadir pada hari ini terutamanya saksi utama yang telah bersara daripada perkhidmatan awam.
Seterusnya, PAC akan memanggil pihak Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd bagi memberi keterangan dan menjelaskan beberapa isu berbangkit berhubung peralatan ventilator yang tidak dapat digunakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAC
#Sidang Parlimen
#pengurusan COVID-19
#Mas Ermieyati Samsudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan