awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pacuan empat roda terbabas, penyelia ladang maut dalam nahas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/09/2021
21:54 MYT
Pacuan empat roda terbabas, penyelia ladang maut dalam nahas
Kenderaan mangsa merempuh tiang elektrik lalu terbalik beberapa kali mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu. - Astro AWANI
DUNGUN: Seorang penyelia ladang kelapa sawit warga Bangladesh maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan terbalik.
Nahas berlaku di Kilometer 110.3 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Al Mukhtafi Bilah Shah (AMBS), Dungun, Terengganu, kira-kira jam 4.30 petang Jumaat.
Md Munnu Sheikh, 45, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux dikatakan datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan, Pahang.
Mangsa yang bersendirian dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan kanan berhadapan jalan masuk ke sebuah ladang kelapa sawit.
Kenderaan mangsa kemudiannya merempuh tiang elektrik lalu terbalik beberapa kali mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.
Sepasukan 9 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar AMBS bersama sebuah jentera dan satu unit EMRS bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.
Bomba yang menggunakan peralatan khas 'rescue tool' berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam masa kira-kira 10 minit.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat mangsa di bawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Nahas
#maut
#terbabas
#penyelia ladang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan