Skip to main content

Sukan

Sah! Seorang lagi bintang JDT dapat kelulusan FIFA wakili Harimau Malaya

Satu lagi berita baik buat pasukan kebangsaan apabila bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Manuel Hidalgo, sah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili Harimau Malaya.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman (kanan), berkongsi berita itu dalam sidang media Kongres Luar Biasa FAM Kedua yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota hari ini. - Foto Stadium Astro
Advertisement

SATU lagi berita baik buat pasukan kebangsaan apabila bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Manuel Hidalgo, sah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili Harimau Malaya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, dalam sidang media Kongres Luar Biasa FAM Kedua yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota hari ini.

"Hidalgo baru sahaja mendapat kelulusan daripada FIFA semalam.

"Kami akan umumkan dalam masa terdekat," katanya.

FAM dijangka mengumumkan secara rasmi kepada umum esok.

Terdahulu, dua tonggak Harimau Selatan, Bergson da Silva dan Brad Tapp, turut layak menyarung jersi negara menepati syarat yang ditetapkan.

Difahamkan, pemain-pemain berkenaan bakal dipanggil memperkuat skuad negara menghadapi Piala FIFA ASEAN yang dijadualkan berlangsung 24 September hingga 5 Oktober ini. -- Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement