awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Melaka selamatkan 27 warga Myanmar mangsa pemerdagangan manusia
Rakyat Sarawak diingat pertahankan maruah negeri
FAM maklum FIFA, AFC mengenai peletakan jawatan semua Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah acu pistol tiruan selepas kemalangan, dua lelaki ditahan

Bernama
Bernama
02/07/2025
22:00 MYT
Padah acu pistol tiruan selepas kemalangan, dua lelaki ditahan
Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR: Dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 27 tahun ditahan selepas dipercayai mengacukan pistol tiruan ke arah seorang lelaki susulan insiden kemalangan di Taman Desa, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata kejadian dilaporkan mangsa berusia 28 tahun itu pada 12.55 tengah malam.
Mangsa memaklumkan kereta Honda City dipandunya dilanggar sebuah Toyota Yaris berwarna merah di bahagian cermin sisi kanan pada kira-kira 11 malam.
"Pertengkaran antara kedua-dua pihak tercetus dan pemandu Toyota Yaris didakwa mengeluarkan sepucuk pistol berwarna hitam sebelum mengacukannya ke arah mangsa," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati senjata berkenaan merupakan pistol tiruan yang dibeli melalui aplikasi TikTok dan dimiliki oleh salah seorang suspek.
"Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pistol tiruan
#kemalangan
#Ku Mashariman Ku Mahmood
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami