awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Tiada kawalan penggunaan media sosial punca gejala sosial di Kelantan meningkat - Exco
MALAYSIA
Najib gagal tunjuk usaha wajar dapat dokumen tambahan - Peguam Negara
MALAYSIA
Keputusan kes Kevin Morais, keadilan ditegakkan - JALSOA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Padah beri no MyKad kepada individu tidak dikenali

Bernama
Bernama
16/10/2019
00:52 MYT
Padah beri no MyKad kepada individu tidak dikenali
Mangsa menafikan ada membuat permohonan menyebabkan suspek meminta nombor MyKad mangsa supaya dia dapat membatalkan permohonan itu. - Gambar hiasan
Tindakan seorang guru wanita berkongsi nombor MyKad dengan individu tidak dikenali membawa padah apabila wang simpanannya dipindahkan ke akaun lain tanpa kebenaran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa kerugian hampir RM13,999 dalam kejadian yang berlaku semalam.
Beliau berkata mangsa mendakwa dihubungi suspek lelaki sekitar 10 pagi, kononnya mewakili bank yang ingin mendapatkan pengesahan bagi tujuan permohonan kad kredit dibuat mangsa.
"Mangsa menafikan ada membuat permohonan menyebabkan suspek meminta nombor MyKad mangsa supaya dia dapat membatalkan permohonan itu dan mangsa terus memberi maklumat tersebut.
"Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, mangsa menerima notifikasi di telefon pintarnya mendakwa berlaku pemindahan wang sebanyak dua kali dari akaun banknya ke akaun tidak dikenali," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Curiga dengan transaksi itu, mangsa segera menghubungi pihak bank bagi menyekat transaksi keluar wang simpanannya dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, dekat sini.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#guru
#IPD Lipis
#jenayah
#kad kredit
#kerugian
#laporan polis
#mangsa
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#mykad
#Pahang
#pemindahan wang
#polis
#siasatan
#suspek
#telefon pintar
#transaksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami