awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah rogol, acu gunting di leher pengantin baharu, pemuda dihukum penjara 24 tahun

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2019
10:46 MYT
Padah rogol, acu gunting di leher pengantin baharu, pemuda dihukum penjara 24 tahun
Tertuduh yang hanya memakai seluar dalam dan bertopeng merogol mangsa dengan mengugut dengan meletakkan gunting di leher mangsa. - Gambar fail/SINAR HARIAN
Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan 10 sebatan keatas seorang penganggur atas pertuduhan merogol dan merompak seorang pengantin baharu tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Yusof Othman, 28, dari Dungun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noriah Osman.
Bagi kesalahan dibawah seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan kerana merogol, tertuduh dihukum penjara 18 tahun dan 8 sebatan.
Manakala bagi kesalahan dibawah seksyen 392 Kanun yang sama tertuduh dijatuhi hukuman penjara 6 tahun dan 2 sebatan.
Muhammad Yusof didakwa merogol mangsa, berusia 30 tahun semasa menceroboh masuk ke rumah sewa mangsa.
Kesalahan dilakukan di Paka, Dungun, kira-kira jam 5.40 pagi, pada 5 Oktober tahun lalu.
Tertuduh yang hanya memakai seluar dalam dan bertopeng merogol mangsa dengan mengugut dengan meletakkan gunting di leher mangsa.
Tertuduh kemudiannya mengugut mangsa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga termasuk sebuah telefon bimbit.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan berasingan bermula dari tarikh tangkapan pada 21 Januari 2019.
Kes dikendali Timbalan Pendakwaraya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#Mahkamah Sesyen
#Paka
#pemuda
#penjara
#rogol
#rogol pengantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan