ALOR SETAR: Sebuah bot pukat tunda tempatan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah kerana melanggar syarat sah lesen dengan menunda kurang 15 batu nautika dari pesisir pantai di Kuala Tebengau, dekat sini pada awal pagi Sabtu.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim, Noor Azreyanti Ishak berkata, bot tersebut ditahan sekitar jam 4.15 pagi bersama lima kru termasuk tekong yang kesemuanya warga tempatan berusia di antara 33 hingga 46 tahun.
Menurutnya, mereka didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan mengikut rekod, bot terbabit pernah ditahan atas kesalahan yang sama oleh Maritim Malaysia pada tahun 2019.
"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 mereka akan didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar syarat lesen, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Bot bersama hasil tangkapan yang dianggarkan sebanyak dua tan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Noor Azreyanti berkata, pengusaha bot nelayan diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukkan.
Jelasnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara.
"Maritim Malaysia akan terus bertegas serta komited dalam melakukan operasi dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa bagi membendung sebarang aktiviti jenayah yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia," ujarnya.
Tambahnya, Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan aduan mengenai sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut.
Aduan boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah ditalian 04-7310579.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 03 2022
Bot bersama hasil tangkapan ikan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut. -Foto Maritim Malaysia
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
Padah tunda bot kurang 15 batu nautika dari pesisir pantai
Bot tersebut ditahan sekitar jam 4.15 pagi bersama lima kru termasuk tekong yang kesemuanya warga tempatan berusia diantara 33 hingga 46 tahun.
'Lalok' di lautan, 18 nelayan Kuala Kedah ditahan
Seramai 18 orang nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam satu operasi bersama.