awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padi SMART SBB ala Sekinchan akan diperluaskan tahun ini - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
03/01/2024
08:04 MYT
Padi SMART SBB ala Sekinchan akan diperluaskan tahun ini - Mohamad Sabu
Program SMART SBB Ala Sekinchan yang dilaksanakan KPKM itu, memberi penumpuan kepada model dan amalan pertanian baik sebagaimana yang dilaksanakan pesawah di Sekinchan, Selangor.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melipatgandakan usaha serta memperluaskan penanaman padi di bawah Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan, termasuk di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata penanaman padi secara besar-besaran di seluruh negara, akan dapat menampung keperluan beras tempatan terutama bagi negeri yang terjejas dengan perubahan iklim.
Program SMART SBB Ala Sekinchan yang dilaksanakan KPKM itu, memberi penumpuan kepada model dan amalan pertanian baik sebagaimana yang dilaksanakan pesawah di Sekinchan, Selangor.
Selain berupaya menambah pendapatan golongan pesawah menerusi peningkatan hasil padi, program itu juga disasarkan untuk membantu menghentikan kebergantungan negara terhadap beras import dalam tempoh dua tahun.
Program SMART SBB Ala Sekinchan yang kini sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan hampir 10,000 pesawah dengan keluasan lebih 26,000 hektar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#padi SMART SBB
#Mohamad Sabu
#padi Sekinchan
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan