KUANTAN: Kerajaan Pahang menyasarkan kedatangan 13 juta pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini pada 2023, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man.
Beliau berkata pihaknya optimis sasaran itu dapat dicapai berikutan pelbagai promosi telah dan akan dilaksanakan sepanjang tahun bagi menarik pelancong.
"Pahang mempunyai 11 daerah dan kesemuanya mempunyai destinasi menarik untuk dikunjungi. Bagi tahun ini beberapa lokasi baharu akan diketengahkan antaranya Mossy Forest di Cameron Highlands dan Geopark di Lipis
"Pada tahun ini saya yakin angka itu akan meningkat memandangkan pelancong antarabangsa dapat datang ke negeri ini sejak awal tahun lagi berbanding tahun lepas apabila pintu sempadan hanya dibuka pada April," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra bersama Penggiat Pelancongan Pahang di sini semalam, yang turut dihadiri Pengurus Besar Tourism Pahang Kamaruddin Ibrahim.
Selain itu, Leong berkata acara antarabangsa yang akan diteruskan pada tahun ini ialah Pertandingan Mengenal Burung Bukit Fraser, Cabaran Antarabangsa Memburu Ikan Layaran, Cabaran Antarabangsa Dayung Laut Pahang dan terbaharu Festival Kanu Antarabangsa Tasik Bera.
"Acara ini adalah alat untuk mempromosikan produk sedia ada misalnya bila ada cabaran dayung laut kita dapat ketengahkan pantai di Pahang, manakala menerusi pertandingan mengenal burung pelancong dapat lihat alam semula jadi yang kita miliki," katanya.
Leong berkata kerajaan negeri juga akan melaksanakan promosi secara dalam talian selain mengiklankan tempat menarik menerusi sisipan majalah yang terdapat di dalam pesawat Malaysia Airlines bermula April ini.
Sementara itu, beliau memaklumkan pada tahun lepas Pahang merekodkan kedatangan lebih 10.1 juta pelancong dengan perbelanjaan pelancongan sebanyak RM9.14 billion berbanding pada 2021 hanya dua juta pelancong dan perbelanjaan pelancongan RM1.9 billion.
Katanya destinasi pelancongan kategori tanah tinggi seperti Bukit Fraser, Genting Highlands dan Cameron Highlands merekodkan kira-kira 6.9 juta pelancong, diikuti tarikan pantai serta pulau antaranya di Kuantan, Rompin dan Pekan dengan 2.5 juta pelawat, selain 706,000 individu berkunjung ke kawasan alam semula jadi di Temerloh, Maran, Lipis, Bentong dan Bera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

Leong beramah mesra dengan para hadirin ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama Penggiat Industri Pelancongan Negeri Pahang di Kuantan semalam. -- fotoBERNAMA

10 Berita Pilihan - (29 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: KPDN muktamadkan harga siling ayam dan telur esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Semua projek rumah mampu milik baharu akan jalani ujian dan analisis - Nga
Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan B40 dan M40.

Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar
Empat kanak-kanak dipercayai adik beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu.

AWANI Ringkas: MOT usaha bangunkan aplikasi lupus kereta buruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perdaya pelanggan: Bekas pengurus bank dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, denda RM1 juta
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Chua, 45, selepas dia mengaku bersalah kepada satu daripada 17 pertuduhan yang dikenakan.

Anwar berbuka puasa, beramah mesra dengan komuniti Islam di Hainan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat serta delegasi Malaysia yang menyertai Forum Boao bagi BFA 2023.

ASEAN, China perlu bekerjasama tangani risiko, manfaatkan lonjakan ekonomi - Tengku Zafrul
Asean dan China perlu menangani empat risiko yang ada pada masa ini untuk memanfaatkan lagi peluang dalam ekonomi masing-masing.
![[TERKINI] Tiada gelora, kepimpinan Melaka bertukar [TERKINI] Tiada gelora, kepimpinan Melaka bertukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016264/26099335711680100046951_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiada gelora, kepimpinan Melaka bertukar
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024
Jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma 2024 di Sarawak tidak akan ditambah biarpun ada pihak meminta supaya beberapa acara lagi dimasukkan.

Pahang sasar 13 juta pelancong pada 2023
Pihaknya optimis sasaran itu dapat dicapai berikutan pelbagai promosi telah dan akan dilaksanakan sepanjang tahun bagi menarik pelancong.