KUALA LUMPUR: Bekalan air di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat mengalami gangguan tidak berjadual akibat paip pecah di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, hari ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja membaiki paip pecah berkenaan sedang dilaksanakan mulai jam 6.30 pagi tadi.
"Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 3 petang 28 Feb 2023 (Selasa).
"Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.
"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," menurut kenyataan di Facebook rasmi Air Selangor hari ini.
Air Selangor berkata, bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air sedang digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan keutamaan diberi kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian, sepanjang tempoh gangguan.
Untuk maklumat lanjut, para pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
Astro Awani
Tue Feb 28 2023
Bekalan air di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat mengalami gangguan tidak berjadual pada Selasa.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
LRA Kogopon kembali kapasiti penuh, rawat 40 juta liter air sehari - Armizan
LRA Kogopon mengalami kerosakan pam sejak sebulan lalu menyebabkan ia hanya mampu merawat 35 MLD.
Pindaan Akta 655 dibentang di Parlimen Julai ini
Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) kini dalam penelitian serta semakan akhir Jabatan Peguam Negara (AGC).
Gangguan bekalan air selama 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang
Pengurangan pengeluaran air terawat itu berikutan kerja penggantian Filter Media No 3 di loji berkenaan.
Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco
Kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut disyaki antara punca gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pangkor ketika ini.
Gangguan bekalan air di Langkawi ekoran El Nino
Antara kawasan yang terjejas ialah Pekan Kuah, Kisap, Kilim, Perana, Bayas, Ulu Melaka, Temoyong, Pantai Cenang, Pantai Tengah dan kawasan sekitar.
Gangguan bekalan air berjadual ditangguh hari Selasa - PBAPP
Perkara itu dipersetujui selepas mengambil kira permintaan pengguna di kawasan terlibat yang mahukan "tempoh henti" lebih lama.
Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Jan).
Penduduk Teluk Kumbar cari alternatif bekalan air
Penduduk juga memilih untuk mendapatkan air dari telaga penduduk kampung, perigi air tiub dan air bukit di bukit di Kampung Sepakat.
Gangguan bekalan air di Besut dijangka selesai esok
Kerja pembaikan dan pemasangan paip berhampiran jambatan Kampung Lampu itu kini siap 83 peratus.
Kerja penyelenggaraan ditangguh, tiada gangguan bekalan air di Kelantan
Gangguan bekalan air di Kelantan yang dijadualkan bermula semalam hingga hingga 15 Februari 2024 ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.