Orang ramai di seluruh Malaysia khususnya di Melaka dan golongan generasi muda dipelawa mengenakan busana tradisional Melayu pada sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini bagi mengambil semangat kemerdekaan negara.
Pengerusi Persatuan Sejarah Dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad) Khalid Hussin berkata bapa kemerdekaan negara, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sendiri telah memakai busana lengkap Melayu ketika membuat pengisytiharan kemerdekaan negara pada 12 tengah malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur.
Khalid berkata memakai busana lengkap tradisional Melayu iaitu tanjak, baju layang, kain samping dan keris adalah satu tradisi yang seharusnya dijadikan sebagai kebanggaan dan anak muda tidak perlu rasa malu dengan warisan ini.
“Saya berharap generasi muda tidak merasa malu atau kekok untuk mengenakan busana Melayu ini kerana ia melambangkan bukan hanya jati diri orang Melayu tetapi simbol rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa.
“Jika bukan kita yang hendak hidupkan dan pertahankan warisan ini, siapa lagi yang sanggup untuk berbuat demikian,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Duyong dekat sini baru-baru ini.
Sementara itu, Zainuddin Mohd, 70, dari Alor Gajah akan memakai busana Melayu sempena kemerdekaan bagi menghidupkan kembali semangat kemelayuan dan memupuk semangat perpaduan.
“Bila pakai busana Melayu, saya dapat rasa aura kerana bagi saya ia melambangkan jati diri bagi sesuatu bangsa seperti mana bangsa lain yang turut bangga apabila memakai pakaian tradisional masing-masing, kepelbagaian budaya inilah yang membentuk kepada perpaduan di negara ini,” kata bekas penjawat awam itu.
Hashim Sudin, 72, dari Bukit Baru berkata orang Melayu harus menghidupkan kembali roh busana Melayu agar ianya dapat dikenali oleh generasi akan datang.
“Kita tidak mahu satu hari nanti generasi akan datang hanya dapat melihat busana Melayu sebagai bahan pameran di muzium atau galeri seni sahaja,” katanya yang pernah berbusana lengkap Melayu ketika majlis perkahwinan anaknya 10 tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 22 2019
Khalid (tengah) bersama ahli Pesawad lain yang mengenakan busana tradisional Melayu semasa bergambar bersama Jalur Gemilang di Galeri Pesawad di Melaka, 19 Ogos, 2019. -fotoBERNAMA
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
Pakai busana Melayu imbau detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan
Memakai busana lengkap tradisional Melayu iaitu tanjak, baju layang, kain samping dan keris adalah satu tradisi yang seharusnya jadi kebanggaan dan anak muda tidak perlu rasa malu dengan warisan ini.