SEIRING negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, semakin ramai orang kelihatan kembali aktif bersenam, bersukan ataupun beriadah dengan memakai windbreaker.
Akan tetapi tidak semua yang memakainya tahu tujuan asal kenapa windbreaker ini diguna pakai. Ada yang memakainya untuk menutup susuk tubuh terutamanya bagi kaum wanita, manakala ada pula yang memakainya semata-mata hanya untuk kelihatan segak semasa bersenam.
Namun isu utama di sini adalah, kebanyakan orang berharap ia boleh membantu membakar lebih banyak lemak di badan. Ini kerana mereka menganggap dengan memakai windbreaker badan akan mengeluarkan lebih banyak peluh, seterusnya banyaklah lemak yang dibakar supaya boleh cepat kurus.
Tanggapan sebegini perlu diperbetulkan
Ada juga yang mengatakan bahawa selepas memakai windbreaker, berat badan berkurangan dengan banyak selepas ditimbang sebaik selesai bersenam. Bagaimana ini boleh terjadi?
Sebenarnya perkara yang menyumbang kepada kehilangan berat badan yang banyak adalah disebabkan oleh kehilangan cecair di dalam tubuh badan. Cecair peluh yang dikeluarkan sebenarnya adalah terhasil daripada mekanisma pengawalan suhu tubuh badan, bukannya terhasil daripada proses pembakaran lemak.
Tanggapan memakai windbreaker untuk membantu mempercepatkan pembakaran lemak badan adalah satu tanggapan songsang yang salah sama sekali dari sudut kesihatan dan prestasi sukan.
Ini kerana mekanisma pembakaran lemak badan adalah tidak melalui pengeluaran peluh semata-mata, akan tetapi melalui mekanisme penggunaan tenaga di dalam badan, aktiviti senaman dan pengawalan kadar kalori.
Sekiranya sampai pada satu tahap di mana badan sudah mula kurang mengeluarkan peluh, pada masa itu sebenarnya badan menghantar isyarat kepada kita bahawa cecair di dalam badan sudah berkurangan dengan banyak.
Ketika itu, seeloknya berhenti rehat sebentar dan banyakkan minum air untuk menggantikan balik cecair di dalam badan yang sudah berkurangan.
Perlu juga diingat bahawa cuaca di negara kita adalah musim panas sepanjang tahun, tidak seperti di negara-negara lain yang mempunyai musim sejuk. Maka sekiranya kita meneruskan pemakaian windbreaker semasa bersenam di waktu panas dan peluh terhasil dengan jumlah yang banyak, maka dikhuatiri kita akan terdedah kepada risiko tinggi untuk mendapat masalah dehidrasi dan strok haba.
Jika masalah strok haba ini tidak dirawat dengan cepat, maka ia akan membawa kepada kesan yang lebih teruk yang boleh menyebabkan kecederaan otot, organ badan gagal berfungsi, koma ataupun kematian.
Tidak salah sebenarnya untuk kita memakai windbreaker. Akan tetapi seeloknya penggunaan yang sesuai adalah pada waktu awal pagi, petang atau pada waktu malam, di mana suhu menurun tidak sepanas seperti pada waktu siang.
Sekiranya ingin membuang lemak, lakukanlah aktiviti senaman atau bersukan dengan konsisten sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu, dan diiringi dengan kadar kalori defisit iatu mengurangkan jumlah pengambilan makanan secara sihat.
Dapatkan nasihat daripada pakar senaman dan pakar nutrisi yang bertauliah untuk maklumat yang lebih mendalam dan sahih.
Oleh itu, ingatlah memakai windbreaker untuk cepat kurus bukannya solusi yang betul dan sentiasa amalkan kaedah yang lebih tepat dan sihat untuk buang lemak di badan.
Pakailah pakaian sukan yang selesa dan bersesuaian, jangan sampai menyeksa diri. Biasakan yang betul, buang yang salah!
* Zulkhairi Azam ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Zulkhairi Azam
Sat May 14 2022
Memakai 'windbreaker' untuk cepat kurus bukannya solusi yang betul dan sentiasa amalkan kaedah yang lebih tepat dan sihat untuk buang lemak di badan. - Gambar hiasan
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Pemandu terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan
Walaupun berstatus wartawan sambilan, mereka juga ialah kelompok penting dalam dunia kewartawanan hari ini.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mei 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dalam julat kecil dan mengalami tidak banyak perubahan susulan kenaikan baru-baru ini, sejajar dengan ekuiti global, kata peniaga.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 13 Mei 2024
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ringgit dijangka berhati-hati minggu ini berbanding dolar AS
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan meneliti data utama, termasuk data AS mengenai Indeks Harga Pengeluar, Indeks Harga Pengguna dan jualan runcit, untuk membina keyakinan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Niaga hadapan MSM dijangka didagangkan mendatar minggu depan
Secara mingguan, kontrak bulan semerta bagi Mei 2024 turun RM37 kepada RM3,853 satu tan, Jun 2024 susut RM27 kepada RM3,843 satu tan dan Julai 2024 adalah lebih rendah sebanyak RM35 kepada RM3,809 satu tan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan kecil
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks dijangka turun naik dalam julat 1,600 hingga 1,620 minggu ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Seimbangkan strategi pelaburan ketika pasaran di paras tertinggi
Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan kongsi tentang bagaimana untuk mengimbangkan strategi pelaburan ketika pasaran berada pada paras tertinggi.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Putin tukar Menteri Pertahanan, Shoigu dengan ahli ekonomi
Tugas baharu Sergei Shoigu ialah sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia.
Pakai 'windbreaker' bukan untuk cepat kurus
Pakailah pakaian sukan yang selesa dan bersesuaian, jangan sampai menyeksa diri. Biasakan yang betul, buang yang salah!