KUALA LUMPUR: Tenaga kerja pakar asing yang diperlukan segera bagi melaksanakan kerja kritikal dan kecemasan boleh memasuki negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) atau PLS@XPATS, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
Beliau berkata majikan boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan https://mtp.imi.gov.my/plsXpats dan kelulusan akan diberikan dalam masa tiga hari bekerja manakala warganegara asing yang memerlukan visa boleh membuat permohonan secara dalam talian.
"Melalui kemudahan masuk baharu itu, pemohon dibenarkan berada di negara ini selama 30 hari bagi membolehkan kerja-kerja kecemasan dan kritikal dijalankan segera.
"Imigresen memperkenalkan kemudahan berkenaan berikutan terdapat keperluan dalam kalangan syarikat tempatan dan antarabangsa yang memerlukan kepakaran asing bagi melaksanakan kerja kritikal antaranya seperti membaiki mesin, janakuasa elektrik, kerja testing and commissioning sebelum aset dan kemudahan berkenaan boleh dibenarkan beroperasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Dzaimee berkata pakar-pakar asing ini diperlukan segera supaya operasi dan produktiviti syarikat tidak terjejas serta kepentingan negara sentiasa terpelihara.
Menurutnya, industri tempatan dan pihak berkepentingan boleh menghantar e-mel kepada [email protected]. untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Melalui kemudahan masuk baharu itu, pemohon dibenarkan berada di negara ini selama 30 hari bagi membolehkan kerja-kerja kecemasan dan kritikal dijalankan segera. - Fail/BERNAMA
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Pakar asing untuk kerja kritikal boleh guna Pas Lawatan Sosial - Imigresen
Tenaga kerja pakar asing yang diperlukan segera bagi melaksanakan kerja kritikal dan kecemasan boleh memasuki negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) atau PLS@XPATS.
Pelantikan pakar asing: Khazanah belum bincang - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata syarikat dana pelaburan strategik kerajaan itu memerlukan individu yang mengetahui selok belok operasinya.