awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"It’s a girl!" - Ayda Jebat dan Nabil Mahir umum jantina anak ketiga
Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini
Drama ‘Bad Cop’ papar aksi mendebarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar berharap penggunaan Sinovac turut diperluas pada kanak-kanak

Hilmi Malik
Hilmi Malik
15/06/2021
09:02 MYT
Pakar berharap penggunaan Sinovac turut diperluas pada kanak-kanak
Tambah Dr Malina, sekiranya melihat dari segi risiko penggunaan Sinovac, terdapat golongan yang lebih berusia telah menggunakan vaksin tersebut di beberapa negara luar. - Reuters
KUALA LUMPUR : Kelulusan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech terhadap golongan berusia 12 tahun ke atas merupakan satu perkara yang amat dinantikan bagi memastikan kesihatan golongan berkenaan terjamin.
Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman mengharapkan, keputusan sama akan diberikan melibatkan penggunaan vaksin Sinovac.
“Anak-anak juga terdedah kepada risiko terutamanya mereka yang bersekolah kerana kita bimbang mereka juga boleh jadi punca jangkitan kepada komuniti yang berlaku secara sporadik.
“Dengan penggunaan vaksin yang lebih meluas kita mengharapkan perkara itu dapat dilakukan terhadap golongan kanak-kanak,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Selasa.
Tambah Dr Malina, sekiranya melihat dari segi risiko penggunaan Sinovac, terdapat golongan yang lebih berusia telah menggunakan vaksin tersebut di beberapa negara luar.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa memaklumkan, penggunaan vaksin Comirnaty buatan Pfizer-BioNTech diluluskan bagi golongan berusia 12 tahun dan ke atas menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menurutnya, kelulusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-359 hari ini.
DATA DAN MAKLUMAT TERKINI ADA DI SINI
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#Kanak-kanak
#Pfizer-BioNTech
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan