awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar patologi kanan HKL ketuai bedah siasat Nora Anne

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
14/08/2019
02:06 MYT
Pakar patologi kanan HKL ketuai bedah siasat Nora Anne
Proses bedah siasat mayat Nora Anne dijadual dijalankan jam 10 pagi ini di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. - Astro AWANI
Proses bedah siasat mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang ditemui mati pada Selasa setelah dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu, dijadual dijalankan pada jam 10 pagi ini.
Prosedur berkenaan difahamkan akan diketuai pakar patologi kanan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang kelihatan tiba di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban sekitar jam 9.06 pagi ini.
Berdasarkan tinjauan Astro AWANI, tiga pakar patologi tiba dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda HKL, diikuti lima anggota Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) yang turut masuk ke dalam bilik mayat hospital.
Turut kelihatan, dua anggota keluarga Nora Anne, dipercayai ibu dan bapa saudaranya, turut memasuki ruang bilik mayat, selain kumpulan petugas media yang sudah memenuhi ruang Jabatan Perubatan Forensik HTJ seawal jam 7 pagi.
Petugas media menunggu di hadapan pintu masuk Jabatan Perubatan Forensik HTJ sejak awal pagi. - Astro AWANI
Petugas media menunggu di hadapan pintu masuk Jabatan Perubatan Forensik HTJ sejak awal pagi. - Astro AWANI
Terdahulu pada Selasa, mayat Nora Anne tiba di Jabatan Perubatan Forensik itu pada jam 7.07 malam selepas dibawa dengan helikopter yang mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban pada kira-kira 6.45 petang.
Mayat kemudian dibawa dengan van Angkatan Pertahanan Awam serta diiringi sebuah kereta peronda polis dan dua anggota polis trafik yang menaiki dua motosikal.
Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, di sini, oleh keluarganya pada 8 pagi 4 Ogos.
Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#hilang
#Hospital Kuala Lumpur
#Hospital Tuanku Ja afar
#London
#mayat
#Nora Anne Quoirin
#operasi
#pakar patologi
#remaja
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan