awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar saran industri hiliran proses bauksit, tidak eksport secara mentah

Bernama
Bernama
08/01/2016
10:44 MYT
Pakar saran industri hiliran proses bauksit, tidak eksport secara mentah
Kandungan besi dan Titanium yang terdapat dalam bauksit yang dilombong akan menjadi lebih bernilai jika diproses sendiri berbanding dieksport ke luar. - Gambar fail
Kerajaan perlu mengkaji kemungkinan membina infrastruktur untuk memproses bauksit daripada terus mengeksportnya secara mentah, sebagai langkah memaksimumkan perolehan hasil bumi negara.
Pakar Mineralogi Tanah Universiti Putra Malaysia Prof Dr Shamsuddin Jusop berkata ini kerana kandungan tanah batuan atau 'basalt' yang menghasilkan bauksit di sekitar kawasan Kuantan mempunyai pelbagai elemen yang lebih tinggi nilainya jika diproses di negara ini berbanding dijual dalam keadaan mentah.
"Kalau kerajaan bina kilang proses bauksit sendiri di kawasan yang ditetapkan, jauh dari kawasan petempatan, kita dapat kawal pencemaran selain memperoleh pendapatan berlipat kali ganda," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Menurutnya kawasan seluas 18,000 hektar dan sedalam dua hingga tiga meter di bawah tanah sekitar Bukit Goh di Kuantan mengandungi elemen seperti Aluminium, besi (Ferum), Titanium, Kromium dan Nikel serta elemen lain.
"Elemen yang paling dicari ialah Aluminium yang membentuk 12 peratus kandungan bauksit dan menjadi bahan utama yang dieksport ketika ini. Selain itu, terdapat jumlah elemen besi Ferum juga tinggi iaitu pada kadar kira-kira 13 peratus manakala Titanium sebanyak dua peratus," katanya.
Shamsuddin berkata kandungan besi dan Titanium yang terdapat dalam bauksit yang dilombong akan menjadi lebih bernilai jika diproses sendiri berbanding dieksport ke luar.
Mengenai kesan jangka panjang akibat aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, pakar itu berkata ia mungkin berlarutan hampir 20 tahun akan datang jika tidak dikawal selia dengan baik oleh pihak berkuasa.
"Kesan jangka panjang ketara akibat perlombongan bauksit di kawasan itu ialah kemusnahan kawasan pertanian dan perladangan yang serius.
"Bila tanah untuk pertanian dan kawasan ladang kelapa sawit habis dikorek, hasil pertanian terjejas teruk dan kita akan kehilangan sumber pertanian yang banyak akibat tanah yang sudah tercemar," katanya.
Selain itu, tanah pertanian yang dilombong akan rosak akibat pencemarann elemen Kromium yang tinggi dan proses baik pulih tanah kepada keadaan asal menelan kos amat tinggi.
"Tidak berbaloi apabila kos untuk membaik pulih tanah yang telah dilombong adalah sama atau lebih tinggi daripada hasil yang diperoleh menerusi eksport bauksit," katanya.
Ditanya mengenai cadangan untuk mengurangkan risiko ekoran aktivti nperlombongan yang semakin berleluasa ketika ini, Shamsuddin berkata kerajaan perlu mengetatkan kawalan terhadap pelombong-pelombong kecil yang terdiri daripada individu pemilik tanah di kawasan itu.
"Jangan biarkan individu yang memiliki tanah persendirian melakukan aktiviti melombong bauksit kerana tindakan mereka hanya memberi kesan negatif dan merugikan mereka sendiri," katanya.
Kerajaan juga harus menimbang untuk membina infrastruktur pengangkutan seperti landasan kereta api yang dapat mengangkut bauksit secara sistematik berbanding hanya menggunakan lori yang jelas mengakibatkan pencemaran.
"Jika guna gerabak kereta api untuk mengangkut bauksit ke pelabuhan, secara tidak langsung dapat mengurangkan pencemaran di kawasan awam dan meningkatkan mobiliti bahan itu," katanya.
Topic Berkaitan
#bauksit
#dr shamsuddin jusop
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan