KUALA LUMPUR: Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis asas bagi syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan berkenaan kepada pelanggan masing-masing.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kementerian sentiasa mengalu-alukan syarikat telekomunikasi, untuk menawarkan perkhidmatan internet yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah mengikut kesesuaian.
"Ini adalah pengumuman dasar, sekiranya syarikat-syarikat ingin memberi tawaran yang lebih baik itu terpulang kepada mereka, tapi waktu ini baseline kita ialah RM69 sebulan untuk jalur lebar tetap dan RM5 sebulan untuk prabayar internet mudah alih.
"Saya harap syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan internet jalur lebar, akan meneliti respons rakyat dan memberi pakej-pakej lebih baik," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Residensi Suria Pantai di sini hari ini.
Selasa lepas kerajaan mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dengan harga lebih rendah, bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas.
Perkhidmatan itu disediakan dengan kelajuan 30 Mbps bersama data tanpa had dengan caj hanya RM69 sebulan, serta kontrak langganan selama 24 bulan.
Sebelum ini Fahmi mengumumkan Pelan Data Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih pada harga dua kali ganda lebih murah iaitu RM5 sebulan dan tiga kali lebih pantas, yang berada di pasaran mulai Februari.
Sementara itu Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata pihaknya juga akan menyediakan pangkalan data bagi memberi kemudahan kepada syarikat telekomunikasi untuk membuat rujukan dan menentukan mereka yang layak untuk menikmati kemudahan pakej berkenaan.
Beliau berkata ketika ini, pakej berkenaan yang seiring konsep Malaysia Madani disasarkan bagi membantu golongan B40, namun syarikat telekomunikasi juga boleh memberikan kemudahan itu kepada golongan M40 bawahan jika terdapat keperluan.
"Kita juga melebarkan kemudahan (pakej perpaduan) ini kepada warga emas, OKU dan veteran, jadi mereka juga akan dapat dibantu dan saya harap syarikat telekomunikasi akan teliti suara rakyat, pelanggan dan sesuaikan produk masing-masing untuk lebih membantu rakyat pada waktu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023

Fahmi ketika berucap pada program ramah mesra dan gotong-royong di Residensi Suria Pantai, Kuala Lumpur, hari ini. --fotoBERNAMA

Banjir Johor: 8,952 mangsa ditempatkan di 46 PPS
Banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 8,952 di 46 PPS.

Isu pengecualian cukai Yayasan Albukhary bakal dijawab PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjawab beberapa persoalan diutarakan oleh Ahli Parlimen dalam sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) antaranya berhubung isu pengecualian cukai Yayasan Albukhary (jika ada).

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Kompleks Air Panas Gadek dinaik taraf guna konsep spa resort
Naik taraf itu merangkumi 20 bilik hotel, lapan chalet, satu spa keluarga, dua kolam air panas rendaman kaki serta fasiliti lain seperti surau, tandas dan bilik persalinan.

AWANI Ringkas: Petaling Jaya, Manjung, Kluang bandar paling bahagia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Hannah bantu siasatan polis program Jom Ziarah Gereja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Haji: Layanan dan perkhidmatan sama kepada jemaah B40, M40, T20
Perkara yang membezakan ialah bayaran mereka atas dasar kelayakan kemampuan.

Misi kemanusiaan di Turkiye, Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan sejak gempa bumi dasyat melanda negara berkenaan pada 6 Februari lalu.

Menteri harap Iron Maiden, Metallica kembali lagi buat konsert di Indonesia
Kemasukan artis antarabangsa boleh lonjak sektor pelancongan muzik.

Rupert Murdoch bakal berkahwin kali kelima pada usia 92 tahun
Kedua-dua pasangan ini bertemu pada bulan September tahun lalu dalam satu acara di ladang Murdoch di California.

KKD sokong usaha bawa masuk peralatan studio produksi maya
Membawa masuk kelengkapan peralatan studio produksi maya ke Malaysia mampu menjadi pencetus perubahan kepada industri.

Pencapaian JENDELA memberangsangkan setakat suku keempat 2022 - Fahmi
Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam mendapatkan kemudahan jaringan Internet yang stabil merekodkan pencapaian memberangsangkan.

Pindaan dua akta berkaitan komunikasi bolehkan isu 3R ditangani - Fahmi
Ia memandangkan banyak perkara dalam akta-akta yang diperkenalkan sejak 1998 itu perlu dikemas kini dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa yang telah jauh berubah.

DKD Industri Muzik buka peluang hasil karya berkualiti tinggi
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya, Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik akan dibuka mulai 23 Mac ini.

Pengarah Mentega Terbang diugut bunuh, kereta disimbah cat
Pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang menerima ugutan bunuh selain keretanya disimbah cat dan bahan asid.

Ugut pengarah Mentega Terbang: Jangan ambil tindakan sendiri, luar batasan - Fahmi
Rakyat Malaysia diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak mengambil sebarang tindakan sendiri yang boleh merosakkan harta benda dan mengancam nyawa.

Isu politik: Semak fakta melalui platform sahih - Fahmi
Fahmi Fadzil menyarankan orang ramai untuk membuat semakan fakta melalui platform disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

KKD nafi menteri keluar kenyataan berkaitan garis panduan Puspal
KKD menafikan Menterinya Fahmi Fadzil pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan garis panduan Puspal, sebagaimana dilaporkan dalam media hari ini.

Fahmi bincang cabaran sektor kurier bersama pemain industri
Cabaran yang dihadapi pemain industri kurier sangat berbeza sebelum dan selepas gelombang "E-Commerce".

Banjir Johor: Lebih separuh menara telekomunikasi terjejas selesai dibaik pulih
Lebih separuh daripada 160 menara telekomunikasi yang terjejas akibat banjir di Johor berjaya dipulihkan setakat semalam, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.