KUALA LUMPUR: Pakej khas telekomunikasi dengan diskaun istimewa bagi pekerja e-hailing dan p-hailing akan diumumkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata hasil perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi hari ini mencapai kata putus untuk menyediakan pakej khas telekomunikasi kepada golongan berkenaan.
Menurut beliau, Kerajaan MADANI mendengar keluhan kumpulan pekerja itu dan berharap usaha yang dilakukan kerajaan dapat meringankan kesulitan serta membantu mereka dalam menjalankan tugas setiap hari.
"Kerajaan memahami kesusahan abang-abang rider (penghantar) kita yang bertungkus lumus menghantar makanan dan bungkusan untuk semua, lebih-lebih lagi di bawah terik matahari dan hujan lebat.
"Ini adalah satu kemenangan kecil buat semua pekerja dalam industri p-hailing (dan e-hailing). Terima kasih riders kerana telah berkhidmat untuk kami semua selama ini," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam hantaran sama, Fahmi turut berkongsi kisah dan luahan seorang penghantar makanan Foodpanda yang juga sorang bapa kepada dua orang anak berhubung cabaran dihadapi petugas sektor itu.
Menurut Fahmi, lelaki itu hanya meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan dengan isterinya tidak bekerja dan jumlah pendapatan itu tidak cukup bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Lebih menyedihkan lagi, dah dua bulan beliau tak mampu bayar bil telefon. Ada masa terpaksa pinjam RM200 duit member (kawan) semata-mata nak bayar bil, memandangkan kegunaan telefon adalah keperluan paling penting bagi seorang rider.
"Sebagai seorang ayah, saya cukup faham akan cabaran dihadapinya. Sedar tak sedar dah bersembang hampir 40 minit, tercetus idea untuk melakukan sesuatu (perkenal pakej internet khas) bagi membantu komuniti riders kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Fahmi berkata hasil perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi hari ini telah mencapai kata putus. - Gambar fail
'Saya minta maaf kerana bebankan mak' - Fatiya Latiff dedah hidap skizofrenia
Fatiya, 36, berkata, dia berterima kasih kepada ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut membebankan
JPJ laksana operasi, kesan syarikat, individu, sewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi mengesan syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta insu
Suri rumah rugi lebih RM15,000 terperdaya tawaran kerja 'review' hotel
Seorang suri rumah di sini kerugian RM15,850 selepas terperdaya dengan iklan tawaran kerja 'review' hotel daripada sebuah syarikat yang menjanjikan komisen tinggi.
Isu All Eyes on Rafah: 'Janganlah tutup periuk nasi saya' - Ning Baizura
Ning turut menegaskan dirinya antara selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan untuk Gaza dan bersolidariti untuk Palestin.
Dua lelaki bawa parang ditahan cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan
Seramai 46 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, pada pagi Sabtu.
Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada anggota polis terkorban
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang terkorban.
4 nelayan Indonesia ditemui hanyut selepas bot karam dilanggar kapal kargo
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, seorang lagi mangsa masih hilang dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Khamis itu.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi
Fahmi berkata hasil perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi hari ini telah mencapai kata putus.