awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin-Israel: #IsraelCuak dapat sambutan, solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin

Fareez Azman
Fareez Azman
10/10/2023
15:38 MYT
Palestin-Israel: #IsraelCuak dapat sambutan, solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin
Dalam tempoh 100 jam dilancarkan, #IsraelCuak telah mendapat sambutan dan sokongan daripada rakyat Malaysia di pelbagai platform sosial media sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin. - Gambar AP Photo/Adel Hana
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh 100 jam dilancarkan, #IsraelCuak telah mendapat sambutan dan sokongan daripada rakyat Malaysia di pelbagai platform sosial media sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Demikian jelas Ketua Pegawai Eksekutif GPM Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin susulan peperangan antara pejuang Hamas dan rejim zionis Israel.
Jelasnya, gelombang sokongan rakyat Malaysia itu sedikit sebanyak memberi tamparan hebat buat Zionis terhadap kekejaman mereka menindas rakyat Palestin.
"Semalam kita lancarkan, hari ini 100 jam di MyAqsa Defender akan gunakan sehabis mungkin untuk memainkan naratif ini kita nak berikan penjelasan untuk tarik seramai mungkin pempengaruh, aktivis, profesor, akademia dan sebagainya untuk berkongsi.
"Di platform X lebih 30,000 catatan dikeluarkan menggunakan tanda pagar itu, di TikTok gelombang #IsraelCuak itu telah menghampiri 4 juta.
"Ada juga #IsraelCuak ditukar kepada bahasa Hebrew, ini sebahagian inisiatif anak muda Malaysia menunjukkan solidariti kita terhadap isu Palestin," katanya.
Selain di media sosial, tambahnya lagi, Malaysia perlu terus memberi sokongan kepada rakyat Palestin dengan bersuara di peringkat antarabangsa.
Sementara itu bagi Ketua Misi Kemanusiaan MAPIM Malaysia, Dr Sani Araby Al Kahery, beliau percaya kebangkitan rakyat Palestin menerusi pejuang Hamas kali ini bakal membawa kembali perjuangan Intifada menentang Zionis.
"Kami melihat kronologi luar corak kebiasaan ini akan mewujudkan satu kebangkitan luar biasa yang kalau boleh saya cerminkan, kebangkitan yang terakhir seperti ini boleh berlaku kebangkitan Intifada 2023," katanya.
Mereka berkata demikian dalam program Agenda AWANI: Nasib Rakyat Palestin Ibarat Telur di Hujung Tanduk pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Palestin
#pejuang Hamas
#MyAqsa Defender
#IsraelCuak
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan