awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin-Israel: Malaysia tidak takut dengan ugutan - PM Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/10/2023
14:35 MYT
Palestin-Israel: Malaysia tidak takut dengan ugutan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil malam ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia mula dikritik dan ‘diserang’ oleh negara-negara kuasa besar susulan kelantangan membela hak Palestin.
Perdana Menteri menegaskan, bagaimanapun Malaysia tidak sesekali gentar dengan ugutan tersebut.
“Saya telah mulakan dalam sejarah, saya dikritik, diserang oleh beberapa kalangan Eropah, Amerika Syarikat, dan Israel.
“… kita harus berwaspada. Saya beritahu selagi saya diberikan mandat oleh rakyat, saya terima ugutan itu. Lawan tetap lawan,” kata Perdana Menteri ketika menyampaikan Pidato Kemuncak Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Arena Axiata di sini pada Selasa malam.
Perdana Menteri menambah, negara-negara berkenaan tidak boleh mengugut Malaysia kerana Malaysia sebuah negara merdeka dan berdaulat, serta mempunyai hak untuk menentukan apa yang betul.
“Kami faham apa makna merdeka. Kamu salah pilih orang (Perdana Menteri). Saya tegaskan Malaysia negara bebas dan merdeka.
“Malaysia ini akan kekal sebagai negara berdaulat, yang akan mempertahankan hak dan perjuangan dan kebebasan Palestin,” ujarnya.
Terdahulu, ribuan orang ramai hadir menyatakan solidariti kepada Palestin dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin, yang turut dihadiri oleh ketua-ketua perwakilan negara.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Israel
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#ugutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan