awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laungan 'Hidup Gaza', 'Free Palestine' bergema, ribuan rakyat Malaysia bersolidariti

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/10/2023
12:47 MYT
Laungan 'Hidup Gaza', 'Free Palestine' bergema, ribuan rakyat Malaysia bersolidariti
Kebanyakan memakai baju putih, lengkap dengan mafla dan mengibar bendera Palestin, berkumpul di bawah satu bumbung demi satu misi, iaitu mendesak agar Israel menghentikan segera serangan ke atas Palestin. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Laungan ‘Hidup Gaza’ dan ‘Free, Free Palestine' bergema di Axiata Arena, di sini malam ini sempena Himpunan Malaysia Bersama Palestin.
Ribuan masyarakat berbilang bangsa dan agama hadir bagi menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin yang berdepan penindasan rejim Israel.
Orang ramai dilihat mula memasuki Axiata Arena seawal jam 6.30 petang, dengan pengawal keselamatan turut melakukan pemeriksaan ke atas mereka.
Kebanyakan memakai baju putih, lengkap dengan mafla dan mengibar bendera Palestin, berkumpul di bawah satu bumbung demi satu misi, iaitu mendesak agar Israel menghentikan segera serangan ke atas Palestin.
LAPOR LANGSUNG PERANG ISRAEL-PALESTIN DI SINI
Perhimpunan Malaysia bersama Palestin
Himpunan Malaysia Bersama Palestin dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlangsung sehingga jam 11 malam ini.
Selain orang awam, ia turut dihadiri oleh ketua-ketua perwakilan negara, pemimpin politik dan jemputan khas, dengan dianggarkan seramai 20 wakil NGO akan menyampaikan ucapan.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampai Pidato Kemuncak Himpunan Malaysia Bersama Palestin sekitar pukul 9.40 malam ini.
Sehingga kini, dianggarkan 4,651 penduduk di Semenanjung Gaza terkorban, manakala lebih 13,000 cedera susulan serangan Israel.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Himpunan Malaysia Bersama Palestin
#Israel
#Hamas
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan