KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil beliau untuk memberi keterangan berhubung pendedahan Pandora Papers sama ada bertujuan menutup mulutnya, atau sebaliknya.
Ketua Pembangkang itu menegaskan, beliau tidak akan memberi kerjasama kepada SPRM sekiranya siasatan itu semata-mata kerana mahu memintanya berhenti daripada bercakap mengenai Pandora Papers.
Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, beliau akan terus membangkitkan perkara tersebut pada sidang Parlimen akan datang sehingga siasatan berhubung Pandora Papers yang turut mengaitkan ahli politik dan pemimpin negara dibuat.
"SPRM jawab dia akan tanya saya… dia akan panggil dan tanya saya untuk berikan keterangan, kerja saya pula (beri penerangan). Ini satu dunia ada laporan itu. Tak apa... saya akan beri kerjasama, (dan) saya tiada masalah.
"Tetapi kena faham juga, ada peraturan dalam SPRM. Kalau saya beri keterangan, saya dilarang bercakap mengenai perkara itu. Faham tak? Ini saya kena fikir... kena tanya SPRM. Panggil saya ini untuk tutup mulut atau tidak? Panggil saya (dan) saya ada hak untuk menyuarakan lagi, saya akan beri kerjasama. Kalau tidak, buatlah kerja sendiri.
"Buat laporan... cari dan gali lagi nama-nama (individu yang terlibat) patut ada. Dia (Pandora Papers) berjuta fail, bukan sikit...," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Port Dickson yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim, hari ini.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki telah mengarahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dan pegawainya untuk berjumpa Anwar untuk dirakam keterangan.
BACA: Pandora Papers: Anwar akan dipanggil dalam masa terdekat - Azam
BACA: Pandora Papers: Anwar sedia beri kerjasama kepada SPRM
Menurut Azam, keputusan sama ada kertas siasatan akan dibuka atau tidak bergantung kepada hasil perbincangan antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi-agensi terlibat.
Pandora Papers adalah laporan berhubung ratusan pemimpin dunia termasuk ahli politik didakwa menyembunyikan wang dan pelaburan mereka seperti hartanah, kapal persiaran dan aset lain sepanjang 25 tahun lepas.
Ini didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki oleh 14 firma di serata dunia.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, pendedahan berhubung Pandora Papers bukan isu baharu, sebaliknya ia pernah didedahkan sejak 2012 termasuk melalui Global Financial Integrity mengenai pengeluaran wang ke luar negara secara haram.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang siasatan dilakukan terhadap pendedahan tersebut, tambah beliau.
Jelas beliau lagi, pengeluaran wang secara haram perlu disiasat oleh pihak berkaitan.
"Tetapi bila saya tekan-tekan, BNM masa itu jawab, tak banyak, kurang daripada Anwar cakap. Okay, saya sebut RM900 bilion, kurang jadi RM100 bilion. RM100 bilion keluar secara haram, carilah siapa dia... Dia bayar cukai tak? Kenapa dia keluarkan secara haram? Dia langgar peraturan atau tidak.
"(Tahun) 2015, saya masuk istana hinggap (penjara) Sungai Buloh, keluar pula Panama Papers, cerita macam itu juga. (Manakala) pada 2021, bangkit lagi Pandora Papers," ujar Anwar.
Dalam masa yang sama, Anwar berkata jika betul berlaku pengaliran wang keluar secara haram, ia perlu dikembalikan dan wang itu boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan taraf pembangunan dalam negara termasuk menaik taraf sekolah-sekolah di luar bandar.
Sebelum itu, Anwar ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Maulidur Rasul menyentuh mengenai akhlak-akhlak Rasulullah yang perlu dicontohi oleh pemimpin, termasuk tidak menyalahgunakan kuasa.
Hasimi Muhamad
Wed Oct 20 2021

Anwar berkata, beliau akan terus membangkitkan mengenai pendedahan Pandora Papers pada sidang Parlimen akan datang sehingga siasatan dibuat - Gambar BERNAMA

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Selamat berangkat ke negeri abadi Tok Mun, semoga tenang dan damai di sana...
Jenazah Tok Mun disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada pukul 10.45 pagi.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Kenaikan harga bahan mentah dijangka tidak jejas margin keuntungan Gamuda
Firma itu optimis bahawa kumpulan itu mempunyai langkah terbaik dalam melindungi margin keuntungannya.

AWANI Ringkas: PM mula lawatan kerja ke Turki esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki didakwa bunuh wanita baru dikenali menerusi aplikasi sembang
Seorang penganggur didakwa atas pertuduhan membunuh kenalan wanita yang baru dikenalinya melalui aplikasi sembang awal bulan lalu.

JC Azhar ingatkan semua pihak tidak buat kenyataan berhubung kes Syed Saddiq
Biarkan bukti yang berbicara...

Heterokromia, kondisi perubatan unik dialami satu peratus populasi dunia
Warna anak mata atau iris, seperti juga warna kulit dan rambut, dipengaruhi oleh kadar kandungan melanin.

Hentikan kaedah 'putar alam', Anwar perlu terima hakikat belum pernah ada cukup sokongan - Annuar
Menurut beliau, Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri disebabkan kegagalan beliau menyakinkan Yang di-Pertuan Agong.

"Siapa yang bangang?" - Noh selar Anwar
Noh mendesak agar pembangkang tidak mengambil kesempatan terhadap isu kenaikan harga barangan yang sedang menghimpit rakyat ketika ini.

Rakyat sinis terhadap politik kerana isu rasuah, biadab dan zalim - Anwar
Manfaatkan sistem politik untuk bawa perubahan ke arah yang lebih baik kepada negara, gesa Anwar.

Pucuk pimpinan UMNO perlu cari jalan harmonikan semula parti - Annuar Musa
Pucuk pimpinan UMNO perlu mencari jalan untuk mengharmonikan semula parti selepas pendedahan mengenai wujudnya SD daripada Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM.

Zahid tidak pernah minta saya tandatangan SD - Annuar
Beliau berpendapat, pucuk pimpinan parti perlu mencari jalan bagi mengharmonikan keadaan susulan pendedahan yang dibuat.

Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Najib menegaskan, beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

'Saya tidak dipilih jadi PM kerana tak mahu lindungi Najib' - Anwar
Anwar mengulas kenyataan Tajuddin bahawa wujud SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan Tajuddin buktikan dakwaan Anwar Ibrahim selama ini benar - PKR
Kenyataan Tajuddin hari ini mengabsahkan ikhtiar Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil semula mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

'Hanya tumpu kenaikan elaun pengerusi, lembaga pengarah?' - Anwar persoal AGM FGV Holdings
Dalam kenyataannya pada Khamis, beliau turut ingin tahu jika isu berkaitan nasib peneroka akan turut menjadi agenda mesyuarat tahunan syarikat perladangan itu.