awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandora Papers: Anwar akan dipanggil dalam masa terdekat - Azam

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/10/2021
03:37 MYT
Pandora Papers: Anwar akan dipanggil dalam masa terdekat - Azam
Azam Baki menjelaskan, beliau telah meminta Ahmad Khusairi Yahaya untuk mengarahkan pegawainya untuk berjumpa Anwar Ibrahim bagi merekodkan keterangan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan beliau mengenai Pandora Papers yang melibatkan beberapa figura terkemuka, dalam masa terdekat.
Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menjelaskan, beliau telah meminta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya untuk mengarahkan pegawainya untuk berjumpa Ahli Parlimen Port Dickson itu bagi merekodkan keterangan.
Namun demikian katanya, keputusan sama ada untuk membuka atau sebaliknya kertas siasatan adalah bergantung kepada hasil perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi-agensi yang terlibat.
"Sama ada kita buka atau tidak kertas siasatan, kita kena bincang dengan pihak Bank Negara Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan.
"Beri sedikit masa untuk kita buat appointment dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Anwar sebelum ini dilaporkan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada SPRM berhubung siasatan terhadap pendedahan Pandora Papers yang dibuatnya di Parlimen sejak 2012.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Pandora Papers.
Pandora Papers adalah laporan berhubung ratusan pemimpin dunia termasuk ahli politik didakwa menyembunyikan wang dan pelaburan mereka seperti hartanah, kapal persiaran dan aset lain sepanjang 25 tahun lepas.
Ini didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki oleh 14 firma di serata dunia.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Azam Baki
#Pandora Papers
#dipanggil keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan