awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandora Papers: Semua jawatan dalam Kumpulan Kenanga telah dilepaskan pada Jun 2010 - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
04/10/2021
09:34 MYT
Pandora Papers: Semua jawatan dalam Kumpulan Kenanga telah dilepaskan pada Jun 2010 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau telah melepaskan kesemua pelantikan sebagai eksekutif dan pengarah dalam Kumpulan Kenanga Holdings Bhd pada Jun 2010 setelah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Maybank Investment Bank Bhd. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau telah melepaskan kesemua pelantikan sebagai eksekutif dan pengarah dalam Kumpulan Kenanga Holdings Bhd pada Jun 2010 setelah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Maybank Investment Bank Bhd.
Merujuk kepada artikel yang diterbitkan di Malaysiakini bertarikh 4 Oktober 2021 bertajuk "Politicians, Ministers and M'sian Uber Rich Revealed in Latest Offshore Leak", Tengku Zafrul menjelaskan, beliau telah memegang jawatan Pengarah Kumpulan dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kenanga Holdings Bhd dari Januari 2009 hingga Jun 2010.
"Melalui jawatan ini, saya juga telah dilantik sebagai pengarah di beberapa anak syarikat atau syarikat bersekutu Kumpulan Kenanga termasuk di Capital Investment Bank (Labuan) Ltd," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, pada Jun 2010, kesemua pelantikan itu telah dilepaskan.
"Walaupun pejabat saya ketika dihubungi telah memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa saya telah melepaskan jawatan pengarah ketika saya meninggalkan Kumpulan Kenanga pada Jun 2010, mereka tetap menerbitkan artikel tersebut dan membabitkan nama saya dengan memberi gambaran bahawa saya masih mempunyai kaitan dengan Capital Investment (Labuan) Ltd, walhal ia adalah sebahagian daripada Kumpulan Kenanga," menurutnya.
Tengku Zafrul berkata, beliau telah merujuk perkara berkenaan kepada peguamnya untuk mendapatkan nasihat lanjut dan tindakan susulan yang sewajarnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Kumpulan Kenanga
#Malaysiakini
#Capital Investment Bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan