awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup dua hari sempena acara kayuhan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandora Papers: Wajibkan semua MP, ADUN isytihar harta di darat dan luar persisir - Akhbar Satar

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2021
07:17 MYT
Pandora Papers: Wajibkan semua MP, ADUN isytihar harta di darat dan luar persisir - Akhbar Satar
Akhbar Satar berkata, ia adalah bagi membolehkan pihak berkuasa untuk mengesan sebarang aset luar biasa atau baharu yang dimiliki mana-mana anggota Parlimen, terutama mereka yang memegang jawatan tinggi dalam parti politik. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mewajibkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengisytihar harta mereka di darat dan luar pesisir.
Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, tindakan sedemikian perlu dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa untuk mengesan sebarang aset luar biasa atau baharu yang dimiliki mana-mana anggota Parlimen, terutama mereka yang memegang jawatan tinggi dalam parti politik.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan perlu bertindak tanpa gentar atau pilih kasih untuk menyiasat mana-mana individu yang didedahkan dalam laporan Pandora Papers berhubung fail kewangan sulit di luar pesisir.
"Salah satu daripada modus operandi akaun luar pesisir ini adalah mereka mendaftar syarikat terbabit di Malaysia tetapi menyimpan dana mereka di Labuan.
"Pemilik syarikat yang berfaedah adalah mereka yang memiliki, dan mengawal syarikat itu walaupun pemilikan hak harta adalah atas nama orang lain," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
BACA: Pandora Papers: Ini apa yang kita tahu setakat ini
BACA: Pandora Papers: Dua ahli politik Malaysia antara 336 didakwa miliki akaun luar pesisir
Mengulas lanjut, Akhbar menambah, kebanyakan 'penjenayah' kewangan itu menggunakan syarikat cengkerang untuk menyembunyikan wang dan maklumat hak milik melalui penama yang membolehkan penjenayah 'mencuci' kekayaan yang diperolehi secara haram.
Baru-baru ini, laporan Pandora Papers yang mendedahkan ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang serta pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain, sepanjang 25 tahun lalu.
Laporan tersebut melibatkan 600 wartawan daripada beberapa media termasuk The Washington Post, BBC dan The Guardian yang mendedahkan transaksi golongan elit dan korup yang menyembunyikan aset bernilai beberapa trilion dolar Amerika Syarikat (AS) di dalam pelbagai akaun luar pesisir.
Mereka dilapor mengambil langkah tersebut, antara lain bertujuan mengelak membayar cukai.
Laporan itu juga didedahkan menerusi hampir 12 juta fail yang dimiliki 14 firma kewangan di serata dunia.
Topic Berkaitan
#Akhbar Satar
#Pandora Papers
#ahli Parlimen
#isytihar harta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan