awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandu melulu sebabkan kematian polis, pembantu kedai dipenjara lapan tahun

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2020
09:38 MYT
Pandu melulu sebabkan kematian polis, pembantu kedai dipenjara lapan tahun
Ia merupakan kes pertama sabitan hukuman lebih berat mengikut pindaan baharu Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang diwartakan 23 Oktober lalu. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU:Seorang pembantu kedai dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru kerana memandu secara melulu.
Mohamad Syafiq Lokman, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman selepas menyebabkan kematian Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 1 November lalu.
Tertuduh pada masa sama turut hilang kelayakan mengambil lesen memandu sehingga lima tahun atas pertuduhan itu.
Media difahamkan, ia merupakan kes pertama sabitan hukuman lebih berat mengikut pindaan baharu Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang diwartakan 23 Oktober lalu.
Bagi pertuduhan lain di mahkamah berasingan, Mohd Syafiq dijatuhi hukuman penjara 12 bulan secara berasingan dan denda RM5,000 atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Majistret Nurasidah Rahman turut memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan lagi secara berasingan dan menjalani perintah pengawasan selama dua tahun atas kesalahan memasukkan dadah dalam badan.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#pandu melulu
#pandu melulu sebabkan kematian
#Mahkamah Majistret
#penjawat awam
#Dadah
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan