Gurauan Sjn Abd Azis Sarikon yang memanggil isterinya Siti Banddorah Mahali sebagai 'bos' adalah gurauan terakhir antara pasangan itu sebelum anggota polis itu terkorban dalam kejadian serangan hendap di Kampung Simunul, di Semporna.
"Allahyarham kata selepas ini saya kena menguruskan keluarga sendiri, sebab itu dia panggil saya bos," kata Siti Banddorah kepada Bernama ketika ditemui pada Isnin.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Jalan Bunga Raya, di sini selepas solat Zohor. Jenazah tiba di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna kira-kira pukul 9.30 pagi.
Abd Azis, 48, yang telah berkhidmat dalam pasukan polis sejak tahun 1990 meninggalkan isteri Siti Banddorah, 39, dan empat cahaya mata Mohd Faridzulhelmy, 18, Nurul Liyana, 15, Nurul Syazwani, 12, dan Mohammad Aiman Hakimi, 7.
Abd Azis dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah seorang daripada enam anggota polis yang terkorban dalam kejadian berbalas tembak malam Sabtu lepas di Kampung Simunul. Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam anggota kumpulan bersenjata itu terbunuh.
Sementara itu, Kompani Komander B Batalion 14 PGA Semporna ASP Ab Gani Ajirul menyifatkan pemergian anak buahnya itu sebagai satu kehilangan besar bagi pasukan.
Beliau berkata komitmen serta dedikasi arwah dalam menjalankan tugas pasti dirindui rakan seperjuangan yang turut menyifatkan Abd Azis sebagai insan yang berani.
"Saya bangga mempunyai anak buah seperti ini, komitmen beliau pada tugas amat dipuji," katanya.
Bernama
Mon Mar 04 2013
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Panggilan 'Bos' kepada isteri gurauan akhir suami
Gurauan Sjn Abd Azis Sarikon yang memanggil isterinya Siti Banddorah Mahali sebagai 'bos' adalah gurauan terakhir antara pasangan itu.