SEHARI sebelum dan selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, negara dikejutkan dengan insiden pembelian panik oleh segelintir masyarakat.
Penulis sendiri tidak pasti apakah asas yang menyebabkan pembelian panik ini harus dilakukan.
Falsafah atau “fatwa” ekonomi daripada profesor, ilmuan atau sarjana manakah yang digunapakai?
Atau tingkah laku ini hanyalah ikut-ikutan atau pengaruh daripada gelagat pengguna daripada negara lain. Atau ia hanyalah lahir daripada kenyataan-kenyataan sensasi oleh golongan warganet.
Pada pandangan penulis, pembelian panik beberapa hari yang lepas adalah tidak wajar dilakukan kerana pihak kerajaan telah memberi jaminan bahawa bekalan barangan kawalan dan keperluan adalah mencukupi.
Tahukah wahai rakyat Malaysia yang disayangi bahawa tingkah laku panik ini boleh memburukkan lagi keadaan ekonomi? Masih ingatkah kalian semua kepada krisis kewangan Asia 1997?
Terdapat dua pandangan yang diutarakan oleh kebanyakan ahli ekonomi di dalam menerangkan mengapa negara-negara Asia (termasuk Malaysia) terkesan teruk akibat daripada krisis berkenaan.
Pertama, kelemahan struktur asas ekonomi negara-negara berkenaan.
Kedua, tingkah laku panik oleh pelabur akibat jangkaan dan kehilangan keyakinan ke atas pasaran.
Tingkah laku panik oleh pelabur ini didapati menjadi penyumbang utama kepada kejatuhan ekonomi Indonesia dan Korea Selatan semasa krisis 1997.
Tahukah kalian bahawa pembelian panik beberapa hari yang lepas boleh memudaratkan situasi ekonomi semasa?
Pertama, pembelian dalam kuantiti yang banyak oleh sebahagian besar pengguna dalam satu-satu masa akan mendedahkan kepada manipulasi pasaran.
Harga akan cenderung meningkat apabila bekalan barangan yang ada tidak mencukupi untuk menampung permintaan pembelian panik.
Peningkatan harga perlu dielakkan ketika rakyat sedang berdepan dengan kekangan kewangan.
Kedua, pembelian panik boleh menjejaskan aliran tunai isi rumah. Dalam situasi pertengahan bulan dan dalam keadaan sebahagian rakyat diberi cuti tanpa gaji, isi rumah sepatutnya bijak menguruskan perbelanjaan mereka.
Ketiga, pembelian panik ini boleh menjejaskan peluang orang lain untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga normal terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Pemerhatian penulis beberapa hari yang lepas mendapati banyak barangan keperluan telah habis di kedai-kedai dan pasaraya dan telah berlaku peningkatan harga daripada kebiasaan. Ini akan membebankan mereka yang berpendapatan rendah.
Dalam keadaan situasi negara sedang “berperang” dengan wabak COVID-19, seluruh rakyat Malaysia perlu bertenang dan ikuti arahan daripada pihak berkuasa.
Jangan ambil apa-apa langkah “panik” yang boleh memburukkan lagi keadaan. Cukuplah dengan insiden pembelian panik yang berlaku beberapa hari yang lepas.
* Prof. Madya. Dr. Mohd Yusof Saari adalah pemegang ijazah PhD daripada University of Groningen, the Netherlands.
** Beliau merupakan pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM
*** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan Universiti Putra Malaysia dan Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari
Thu Mar 19 2020
Pembelian dalam kuantiti yang banyak oleh sebahagian besar pengguna dalam satu-satu masa akan mendedahkan kepada manipulasi pasaran. - Gambar hiasan
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
'Heritage tree scheme' pelaksanaan negara Singapura boleh dijadikan sebagai contoh
ara stategi singapura yang boleh diadaptasikan oleh Malaysia adalah dengan mewujudkan Heritage Tree Scheme.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
'Bahang' April paling ekstrem & Asia paling terkesan
Pemindahan pokok tidak disarankan, potensi untuk merosakkan sistem ekologi
Walaupun pemindahan pokok yang tua ini sering dilihat sebagai satu alternatif terbaik untuk mengurangkan daripada kejadian pokok tumbang daripada berlaku.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Tempe sebagai sumber protein tambahan murid sekolah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang memperkenalkan tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein kepada murid sekolah rendah di negeri itu.
Mahkamah isu perintah larangan bersuara terhadap Chegu Bard
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard bagi melarangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan kes fitnah jenayah yang dihadapinya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November - IATA
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan permintaan untuk operasi antarabangsa berada pada 8.1 peratus.