JOHOR BAHRU: Majlis Perbandaran Pengerang mengeluarkan notis penutupan sementara Pantai Batu Layar, di Kota Tinggi susulan kejadian seorang remaja lemas manakala seorang lagi masih hilang di pantai berkenaan semalam.
Ketua Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata notis tersebut berkuat kuasa serta merta dan pantai itu ditutup hingga esok.
Sementara itu, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang diteruskan pagi ini dengan kekuatan 72 pegawai dan anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.
"Kaedah pencarian dilakukan secara visual dan dipecahkan kepada tiga pasukan.
"Radius pencarian adalah di kawasan pantai sepanjang dua kilometer dan antara 0.5 hingga dua batu nautika di kawasan laut sekitar mangsa dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hussin berkata JBPM menjangkakan air surut pada 5.21 petang ini ke paras 0.3 meter, justeru sektor pencarian mangsa juga akan dilakukan di kawasan sekitar pantai yang surut.
Semalam, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi hilang selepas mandi-manda di pantai tersebut pada 1.25 tengah hari.
Kedua-dua mangsa datang ke pantai itu bersama empat rakan lain dengan menaiki motosikal dari Kluang dan kehadiran mereka di situ diketahui ibu bapa masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata notis tersebut berkuat kuasa serta merta dan pantai itu ditutup hingga esok.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Mangsa kedua Pantai Batu Layar cuba selamatkan rakan sebelum turut lemas
Bapa mangsa, Hanizam Hashim, berkata, anaknya, Hani Suefyan, gagal menyelamatkan rakannya sebelum kedua-duanya lemas.
Pantai Batu Layar ditutup sementara susulan kes lemas
Notis tersebut berkuat kuasa serta-merta dan pantai itu ditutup hingga esok.
Lelaki hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar ditemukan lemas
Mayat Muhammad Hibatullah Hakim Razak, 23, ditemukan kira-kira 200 meter dari kawasan pantai pada pukul 3.27 petang.
Tiga wanita termasuk dua beradik lemas ketika mandi di Pantai Batu Layar
Tiga wanita, termasuk adik-beradik lemas ketika sedang mandi di kawasan Pantai Batu Layar, Desaru, di sini.
Lemas di Batu Layar: Satu mayat dijumpai
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata, mayat Muhammad Norhakimi Rejab ditemui kira-kira 500 meter dari pangkalan hadapan carilamat.
Operasi SAR bot pancung karam di Pantai Batu Layar dihentikan sepenuhnya - Bomba
Operasi ditamatkan berikutan tiada petunjuk baharu mengenai mayat mangsa akan ditemui selain kemungkinan mangsa yang terselamat melarikan diri.
7 lemas dalam kejadian bot karam di Kota Tinggi
Tujuh lemas manakala 33 yang lain selamat selepas bot yang dinaiki mereka karam di Pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi, Johor.