awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pantau buli siber: TikTok gagal nyatakan jumlah moderator - Fahmi

Pia Ernadya
Pia Ernadya
04/09/2025
09:17 MYT
Pantau buli siber: TikTok gagal nyatakan jumlah moderator - Fahmi
Syarikat itu sebelum ini berjanji akan menambah jumlah moderator bagi memantau kandungan, khususnya TikTok Live. - Adobe Stock
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan sikap TikTok yang dilihat tidak serius menangani isu buli siber dalam platform tersebut.
Beliau berkata, syarikat itu sebelum ini berjanji akan menambah jumlah moderator bagi memantau kandungan, khususnya TikTok Live.
Namun dalam pertemuan terbaru, jelasnya, TikTok masih gagal menyatakan jumlah moderator tambahan, terutamanya bagi kandungan dalam bahasa Tamil.
“Satu contoh ialah kes buli siber terhadap mendiang Rajeswary Appahu, yang mana TikTok menjanjikan jumlah moderator akan ditambah. Tetapi dalam pertemuan hari ini, mereka gagal menyatakan angka tersebut.
“Kami telah berkali-kali meminta mereka memberikan angka, tetapi sehingga kini gagal.
“Ini perkara serius kerana saya sendiri dan MCMC terus menerima aduan daripada komuniti India mengenai isu buli siber dalam TikTok,” tambahnya.
Fahmi menegaskan, kegagalan atau keingkaran platform itu mengatasi masalah berkenaan boleh menyebabkan mereka berdepan tindakan perundangan.
Namun begitu, jelas beliau, pihak MCMC menerima jaminan daripada TikTok bahawa satu mekanisme akan diperkenalkan bagi menyelesaikan isu berkenaan memandangkan perbincangan masih berjalan.
“Saya minta mereka jangan balik selagi perkara-perkara ini tidak dimuktamadkan,” katanya
Topic Berkaitan
#TikTok
#moderator
#Fahmi Fadzil
#pemantauan
#buli siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan