awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pantau penggunaan plastik semasa pandemik COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2020
05:40 MYT
Pantau penggunaan plastik semasa pandemik COVID-19
Moderator webinar adalah Ketua Setiausaha Kasa, Datuk Seri Ir Dr. Zaini Ujang. - Astro AWANI
Peningkatan penggunaan plastik untuk pembungkusan makanan semasa pandemik COVID-19 perlu dipantau sebagai usaha penjagaan alam sekitar.
Penasihat Khas (Kesihatan Awam) kepada Perdana Menteri, Tan Sri Jemilah Mahmood berkata, ia sekali gus memerlukan kerjasama dan penguatkuasaan kerajaan dalam memastikan kesannya tidak semakin memburuk.
"Ini satu masalah yang saya bimbang, sebab saya lihat banyak penggunaan plastik. Saya rasa bagaimana kita hendak beri insentif kepada industri yang mengeluarkan bahan mampan.
"Di Indonesia dan banyak negara, mereka menggunakan ubi kayu, daun-daun dan sebagainya untuk membuat bekas makanan. Mungkin kita kena ada levi untuk plastik, ini mungkin satu cara, kena beri insentif dan tidak insentif.
"Tetapi sebelum kita suruh kerajaan buat macam-macam, tabiat kita perlu diubah," katanya semasa webinar Kementerian Alam Sekitar Dan Air (Kasa) yang bertajuk "Kelaziman Baharu: Sosial, Ekonomi dan Alam Sekitar" pada Sabtu.
Moderator webinar adalah Ketua Setiausaha Kasa, Datuk Seri Ir Dr. Zaini Ujang.
Sementara itu, seorang lagi panel, Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Pos Malaysia Bhd, Datuk Yasmin Mahmood menjelaskan, kesedaran rakyat terhadap penjagaan alam sekitar masih di bawah tahap minimum.
"Tahap kesedaran dan tahap tekad kita terhadap penjagaan alam sekitar belum sampai di tahap minimum.
"Adakah semua rumah ada melakukan kitar semula? Kalau ada perubahan, sekurang-kurangnya kena ada di kalangan orang muda. Adakah ada suara anak muda yang menjuarai ini?
Adakah ada kita memberi pendidikan sewajarya, pendedahan sewajarnya, kepada anak muda ini?" soalnya.
Jelasnya, krisis yang dialami dari COVID-19 adalah biodiversiti dan ia perlu diselesaikan dari punca pandemik itu sendiri.
Topic Berkaitan
#anak
#COVID-19
#ekonomi
#Indonesia
#kerajaan
#kesihatan
#koronavirus
#Malaysia
#menteri
#pandemik
#pendidikan
#Perdana Menteri
#rakyat
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan