NATIONAL
Paparan salah Jalur Gemilang: KPM mohon maaf atas kecuaian

Kementerian Pendidikan Malaysia memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan SPM. -KPM
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan SPM dan akan mengambil tindakan tegas ke atas semua yang terlibat.
- Laporan analisis tersebut dikembalikan untuk pembetulan segera, dengan kesilapan pada muka surat 4, 14, 15, dan 16.
- Sebelum ini, Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily ditahan polis berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.
“Tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat serta siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan,” katanya.
KPM juga meminta agar laporan analisis tersebut dikembalikan semula kepada pihaknya dan pembetulan segera akan dilakukan.
Berdasarkan salinan laporan analisis yang dilihat Astro AWANI, terdapat kesilapan Jalur Gemilang pada muka surat 4, 14, 15, dan 16.
Laporan analisis tersebut telah dikongsikan kepada petugas media selepas pengumuman mengenai keputusan SPM 2024 dibuat oleh Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan.
Sebelum ini, media melaporkan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.
Akhbar berbahasa Cina itu menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang di muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, namun gambar bendera tersebut tidak lengkap.
Insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk teguran daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang bertitah agar pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami