awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air Sungai Muda mula meningkat pagi ini

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2023
03:20 MYT
Paras air Sungai Muda mula meningkat pagi ini
Loji Rawatan Air Sungai Dua. - Foto Astro AWANI
BUTTERWORTH: Paras air Sungai Muda telah meningkat ke tahap 1.56 meter di muka sauk Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Lahar Tiang, Seberang Perai, pagi ini.
PBAPP dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang berusaha mengepam air mentah pada tahap maksimum daripada Sungai Muda.
Namun pada masa yang sama, PBAPP masih terus melepaskan air daripada Empangan Mengkuang ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.
"Operasi pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua telah mencapai tahap 100 peratus iaitu kira-kira 1,000 juta liter sehari.
"Dalam jangka masa sembilan jam yang lalu, PBAPP telah mengepam sejumlah besar air terawat ke semua kawasan-kawasan bekalan di Seberang Perai dan Pulau Pinang," katanya.
PBAPP turut memaklumkan, status bekalan air di Seberang Perai dan di Pulau Pinang kini mencecah 90 peratus.
Semalam, paras air di Sungai Muda menunjukkan penurunan secara mendadak di bawah paras satu meter, sekali gus menjejaskan pengeluaran di LRA Sungai Dua.
Situasi itu menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Kedah.
Topic Berkaitan
#LRA Sungai Dua
#Bekalan Air Pulau Pinang
#PBAPP
#Sungai Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan