KOTA BHARU: Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) memaklumkan paras air di beberapa buah loji rawatan air merosot, susulan musim kemarau yang melanda masa kini.

Menurut Ketua Jabatan Operasi AKSB, Mohd Ashri Awang kemerosotan paras air itu menyebabkan bekalan air terawat di beberapa kawasan di negeri itu terjejas.

"Punca utama yang menyebabkab berlaku pengurangan air di musim perayaan yang paling besar pengurangan air di Loji Rawatan Air Kelar.

"Ini disebabkan pam air di sungai yang menyedut air ke loji tidak dapat beroperasi kerana air terlalu cetek, menyebabkan separuh pam kita tak dapat beroperasi 24 jam.

"Kita mengalami kekurangan sehingga 15 juta liter sehari air di Loji Kelar," katanya.

Mohd Ashri memaklumkan penggunaan air di sepanjang musim perayaan meningkat berkali ganda.

Ini menyebabka jajahan Pasir Mas dan Tumpat antaranya mengalami gangguan bekalan air.

Lebih 2,000 penduduk di beberapa buah kampung di Tumpat terpaksa menggunakan air sungai atau air perigi selepas terputus bekalan air terawat. - Astro AWANI

Bagaimanapun AKSB berusaha membekalkan air melalui lori tangki yang disalurkan kepada tangki statistik di beberapa kawasan.

Baru-baru ini lebih 2,000 penduduk di beberapa buah kampung di Tumpat terpaksa menggunakan air sungai selepas terputus bekalan air terawat.

Sebahagian besar penduduk di kawasan lain termasuk perantau yang pulang berhari raya turut berdepan dengan masalah kekurangan dan ketiadaan bekalan air terawat.