Skip to main content

Malaysia

Individu buat jenaka mengenai paderi wajib mohon maaf - Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 10 Sept - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyampaikan ucapan dasar pada Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2026 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh mendesak agar individu yang didakwa membuat jenaka mengenai paderi pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 baru-baru ini, untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

MELAKA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh mendesak agar individu yang didakwa membuat jenaka mengenai paderi pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 baru-baru ini, untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dr Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkata agama bukan satu perkara yang boleh dijadikan jenaka oleh mana-mana pihak.

"Bayangkan jika lawak paderi yang diungkapkan ini digantikan dengan imam dan orang Islam, maka pastinya kita juga akan marah.

"Jika kita marah bila diperlakukan sebegitu, maka kita tidak seharusnya buat pada orang yang lain juga... jadi saya mendesak agar individu ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Beliau berkata jenaka yang digambarkan individu berkenaan juga langsung tidak menggambarkan tentang pendirian UMNO dan merupakan pendapat peribadi individu terbabit.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menggesa seorang pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada umat Katolik serta seluruh masyarakat Kristian.

Madius menyifatkan kenyataan seorang pemimpin bahagian parti itu yang membabitkan kitab suci, paderi Katolik dan biarawati sebagai tidak wajar serta menyinggung perasaan, sambil menegaskan perkara berkaitan agama tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka berunsur seksual atau dipersendakan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement