KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,497 pegawai perubatan lantikan kontrak meletak jawatan sejak tahun 2017 hingga Jun 2021.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata dari Januari hingga 26 November 2021 sahaja, seramai 514 orang pegawai perubatan lantikan kontrak telah meletakkan jawatan.
"Dalam hal penentuan peletakan jawatan, keputusan tersebut adalah merupakan hak yang diputuskan sendiri oleh pegawai atas sebab-sebab tertentu.
"Alasan peletakan jawatan yang telah dinyatakan adalah seperti berkhidmat dalam sektor swasta dan Badan Berkanun, sebab peribadi, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berhijrah ke luar negara dan membuka klinik sendiri," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang ingin tahu statistik bilangan pegawai perubatan siswazah yang telah meletakkan jawatan mengikut tahun serta apakah punca-punca yang menjadi sebab mereka ini meletakkan jawatan.
Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi berkata 110 orang pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan pada tahun 2017, 168 orang pada tahun 2018, 475 orang pada tahun 2019, 511 orang pada tahun 2020.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Nov 29 2021
Dari Januari hingga 26 November 2021, seramai 514 orang pegawai perubatan lantikan kontrak telah meletakkan jawatan. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
KKM pertimbang doktor kontrak lanjut pelajaran peringkat pakar setara Hadiah Latihan Persekutuan - Khairy
KKM sedang mempertimbangkan agar pegawai perubatan kontrak mendapat peluang melanjutkan pelajaran kepakaran ke peringkat Sarjana melalui kemudahan setara dengan Hadiah Latihan Persekutuan.
Segera serap doktor kontrak ke jawatan tetap - UNI-MLC
Tegas beliau, mereka juga merupakan manusia yang memerlukan taraf kerja dan kehidupan yang lebih baik.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Hartal Doktor Kontrak: PDRM atur penugasan pasukan pemantauan SOP - KPN
PDRM akan mengatur penugasan pasukan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memantau protes melibatkan doktor kontrak yang dijadual pada Isnin.
Doktor kontrak tidak akan hadir bertugas jika kerajaan gagal beri penjelasan
Gerakan Hartal Doktor Kontrak memberikan tempoh tiga minggu untuk kerajaan menyelesaikan kemelut kedudukan doktor kontrak kerajaan sebelum meneruskan mogok untuk tidak hadir bertugas.