awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen dicadang tubuh 9 jawatankuasa pilihan khas baharu - Speaker

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/11/2020
12:20 MYT
Parlimen dicadang tubuh 9 jawatankuasa pilihan khas baharu - Speaker
Azhar Azizan mencadangkan penubuhan sembilan jawatankuasa pilihan khas yang baharu. - Bernama
KUALA LUMPUR:Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mencadangkan penubuhan sembilan jawatankuasa pilihan khas yang baharu dalam usaha memperkasakan Parlimen, hari ini.
Azhar mengemukakan cadangan tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 79(2) dengan mengemukakan Penyata Jawatankuasa Dewan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Jelas beliau, cadangan dengan pendekatan rentas parti adalah bukti komitmen Parlimen Malaysia untuk memperkasakan fungsi institusi perundangan negara yang lebih telus, diyakini dan unggul sesuai dengan kehendak semasa.
KENYATAAN MEDIA oleh YB Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertarikh 2 November 2020. 2 November 2020 pic.twitter.com/aGS3MXE4Sk
— Parlimen Malaysia (@MYParlimen) November 2, 2020
Antara jawatankuasa khas tersebut adalah Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi dan Hak-hak di bawah Perlembagaan; Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi; Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan; Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri; serta Jawatankuasa Pilihan Khas Pertanian dan Perdagangan Dalam Negeri.
Empat lagi adalah Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Infrastruktur; Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan; Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial; dan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi.
“Untuk tujuan penyelarasan pula, satu sekretariat khusus akan mengurusetiakan kesemua jawatankuasa-jawatankuasa pilihan Dewan Rakyat tersebut,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Azhar berkata Majlis Dewan juga mengambil maklum bahawa penubuhan Kumpulan Parlimen Rentas Parti (APPGM) diteruskan dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Azhar Azizan Harun
#9 Jawatankuasa Khas
#Parlimen
#Malaysia
#Mesyuarat Dewan Rakyat
#ekonomi
#wanita
#pendidikan
#keselamatan
#kesihatan
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan