Skip to main content

Malaysia

Parlimen: Dua wakil rakyat PKR diarah keluar dewan

71402983699_295x200.jpg
Ahli Parlimen PKR Fuziah Salleh dan wakil Padang Serai, N. Surendran telah diperintah keluar Dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Dua wakil PKR itu diperintah keluar dewan kerana enggan duduk setelah berulangkali diarahkan oleh Pandikar Amin.

Fuziah diarahkan keluar setelah mempersoalkan keputusan Speaker mengenai satu petisyen rayuan berkenaan projek Lynas di Kuantan.

Beberapa ahli parlimen pembangkang  yang lain turut dilihat keluar mengikut Fuziah dan Surendran.

Dua wakil PKR itu hanya dibenarkan kembali ke Dewan Rakyat pada Khamis.

Advertisement

Must Watch Video