Pada akhir Jun 2013, jumlah hutang negara sebanyak RM284.7 bilion atau 28.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata hutang negara ialah hutang yang ditanggung oleh negara berikutan pinjaman yang diperoleh oleh kerajaan dan swasta daripada punca luar.
"Hutang negara merangkumi hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, perusahaan awam bukan kerajaan dan sektor swasta," katanya ketika menjawab soalan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (DAP-Sandakan) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Tambah Ahmad hutang Kerajaan Persekutuan melibatkan hutang yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan daripada sumber dalam dan luar negeri.
"Sehingga 30 Sept 2013, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan ialah sebanyak RM529.2 bilion atau 53.6 peratus daripada KDNK.
"Daripada jumlah tersebut sebanyak RM512.3 bilion atau 96.8 peratus merupakan hutang dalam negeri manakala baki RM16.9 bilion atau 3.2 peratus merupakan hutang luar negeri," katanya.
Beliau berkata jumlah hutang luar negeri yang rendah itu adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan yang tinggi, kos pinjaman yang lebih rendah serta dapat meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing.
Ahmad berkata Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa memberi jaminan kepada badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Jaminan ini diberikan mengikut Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965.
"Sehingga 30 Jun 2013, baki pinjaman yang dijamin oleh kerajaan atau tanggungan tidak langsung ialah sebanyak RM147.3 bilion, yang terdiri daripada pinjaman domestik RM141.8 bilion (96.3 peratus) dan pinjaman luar RM5.52 bilion (3.7 peratus) yang melibatkan tiga badan berkanun dan 27 syarikat berkaitan kerajaan," tambahnya.
Prestasi bayaran balik pinjaman adalah baik dan mengikut jadual ditetapkan tanpa sebarang tunggakan, kata beliau.
"Senarai syarikat-syarikat yang dijamin oleh kerajaan serta jumlah pinjaman dan terbitan bon boleh dirujuk dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan dan diedarkan di Parlimen setiap tahun," kata Ahmad.
Tambah beliau hutang kerajaan tidak boleh dicampurkan dengan jumlah tanggungan tidak langsung.
"Ini kerana jaminan kerajaan bukan merupakan satu bentuk hutang. Ia adalah merupakan tanggungan tidak langsung kepada kerajaan. Kerajaan hanya perlu menanggung hutang tersebut sekiranya peminjam gagal untuk membayar balik," katanya.
Menurut Ahmad fakta berkenaan dijelaskan dalam dokumen yang diterbitkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu 'statistik hutang sektor awam : panduan untuk penyusun dan pengguna, (IMF).
"Dari segi piawaian perakaunan, tanggungan tidak langsung tidak boleh diikat dengan hutang memandangkan ketidaktentuan mengenai tanggungan tersebut, sama ada akan menjadi kenyataan atau tidak (kemungkiran jaminan tersebut)," katanya.
Tambah beliau, jika tanggungan tidak langsung diambil kira dalam pengiraan hutang kerajaan, maka ia akan memberikan tanggapan yang salah dari sudut perakaunan antarabangsa.
"Kita juga seolah-olah memandang rendah keupayaan syarikat-syarikat dan badan berkanun tersebut untuk membayar balik hutang mereka," jelas Ahmad.
Bernama
Mon Nov 25 2013
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dijangka turun kepada 7.5 peratus pada 2024
Sehingga akhir Jun 2024, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.22 trillion.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion
Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion.
Naikkan nilai martabat manusia cara tangani krisis global
Martabat manusia boleh berfungsi dalam mencari pendekatan yang lebih berkesan dan berperikemanusiaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Kebankrapan di Jepun meningkat ke tahap tertinggi dalam sedekad - Tinjauan
Kebankrapan korporat di Jepun meningkat sebanyak 22 peratus tahun ke tahun ke tahap tertinggi dalam sedekad pada separuh pertama tahun ini.
5 sebab duit KWSP cepat habis - Pakar
Antara faktornya ialah ubah suai rumah, menjadi bank tanpa faedah untuk anak-anak dan membuat pelaburan yang tidak bermanfaat.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.