KUALA LUMPUR: Parlimen merupakan institusi terbaik dalam memastikan kelangsungan proses semak dan imbang melibatkan sebarang dasar serta polisi yang dilaksanakan kerajaan.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata jawatankuasa bebas yang ditubuhkan di bawah Parlimen masih boleh melakukan semak dan imbang walaupun Parlimen tidak bersidang.
"Jadi pada saya, adalah lebih bagus kalau kita nyatakan Parlimen itu boleh bersidang dan boleh melakukan semak dan imbang.
"Jawatankuasa yang saya maksudkan ini adalah jawatankuasa di bawah Parlimen.
"Namun, itu terserah kepada Seri Paduka Baginda dan kesediaan kerajaan sendiri untuk membenarkan Parlimen itu bersidang. Bersidang atau tidak, itu adalah dibenarkan oleh undang-undang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 tidak melakukan semak dan imbang.
Sebaliknya, jawatankuasa itu hanya bertindak sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.
"Kalau ditubuhkan satu jawatankuasa darurat yang sepenuhnya atau berkenaan dengan semak dan imbang, itu adalah lebih baik.
"Lagi satu adalah jawatankuasa teknikal yang melihat kepada kesan pandemik COVID-19 ke atas keseluruhan negara termasuk dari segi kemakmuran ekonomi, kedudukan rakyat dan sebagainya.
"Kita tidak ada jawatankuasa darurat seperti itu," katanya.
Shamrahayu pada masa sama menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong semalam yang disifatkan beliau sebagai peranan Seri Paduka Baginda dalam mendengar pelbagai pandangan yang dikemukakan rakyat termasuk ahli politik.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda menegaskan bahawa sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak Eksekutif, Kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip tersebut.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Feb 25 2021
Jawatankuasa bebas yang ditubuhkan di bawah Parlimen masih boleh melakukan semak dan imbang walaupun Parlimen tidak bersidang. - Foto BERNAMA
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.