Parlimen Malaysia mencipta sejarah apabila buat julung kalinya seramai 90 Ahli Parlimen (MP) muka baru bakal mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas yang bermula 16 Julai ini.
Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah berkata ia mewujudkan landskap baharu dalam sistem demokrasi Malaysia termasuk gabungan senior dan muda.
"Ini merupakan 'Hari Ini Dalam Sejarah'. Landskap Parlimen pada kali ini amat berbeza kerana kita dapat menyaksikan ada ahli Parlimen yang senior dan yang sangat muda seperti Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran yang merupakan seorang pelajar," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Taklimat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-14, di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, terdapat kemunculan semula 11 ahli Parlimen yang dahulunya juga pernah berkhidmat sebagai MP manakala 121 lagi MP sidang Parlimen Ke-13 sebelum ini yang berjaya dipilih semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.
Katanya, sesi taklimat pada hari ini amat penting untuk anggota-anggota yang berhormat terutama yang baharu untuk memahami peraturan Dewan Rakyat khususnya seperti sesi pertanyaan jawab lisan dan bagaimana satu-satu rang undang-undang itu dikemukakan.
Rosmee juga berkata pada taklimat hari ini anggota-anggota Parlimen turut diterangkan tentang persiapan hari pertama persidangan pada 16 Julai ini yang akan menyaksikan pemilihan dan pemahsyuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, dan diikuti dengan upacara angkat sumpah 222 anggota Parlimen.
Sementara itu ketika ditanya berhubung calon Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau berkata setakat ini pihaknya belum menerima usul daripada pihak kerajaan dan usul pencalonan jawatan itu mesti dikemukakan dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang atau selewat-lewatnya Isnin depan.
Katanya susunan tempat duduk anggota Parlimen di dalam Dewan juga hanya akan ditentukan selepas pelantikan kesemua menteri Kabinet dan timbalan menteri yang dijadualkan berlangsung Isnin depan.
"Selepas itu kita boleh mengatur tempat duduk lain seperti susunan kekananan penyokong kerajaan dan juga susunan pihak pembangkang di sebelah kiri," katanya.
Beliau turut menambah anggota Parlimen perlu mengemukakan soalan bagi sesi pertanyaan jawab lisan selewat-lewatnya 29 Jun ini.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jun 26 2018
ROSMEE: Landskap Parlimen pada kali ini amat berbeza kerana kita dapat menyaksikan ada ahli Parlimen yang senior dan yang sangat muda. - Foto fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Pelajar M40 kurang berkemampuan layak manfaat Program Siswa Sulung - Zambry
Program ini menyediakan pengecualian yuran pengajian dan penginapan untuk anak sulung daripada keluarga yang tidak berkemampuan.
Program Digital Rakyat dilancar esok
Program Digital Rakyat dilancar esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat.
Akta Harmoni Keagamaan, AI untuk Rakyat dan gejala rempit tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perbahasan Dewan Rakyat hari ini tumpu pada Akta Harmoni Keagamaan, program AI, bekalan tenaga hijau dan langkah atasi gejala rempit.
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Parlimen: Komitmen kerajaan ke atas syarikat memonopoli bekalan ubat akan dibatal
Kerajaan akan membatalkan komitmen pembelian ubat dengan beberapa syarikat yang memonopolikan pembekalan itu.