KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang berusaha untuk mempercepatkan pelaksanaan teknologi 5G bagi menyempurnakan kesalinghubungan Internet ke seluruh negara sekali gus memastikan industri kreatif dan digital negara tidak ketinggalan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata buat masa ini Digital Nasional Bhd (DNB) selaku pengendali perkhidmatan borong tunggal 5G negara memberi tumpuan pelaksanaan teknologi 5G itu di bandar-bandar besar terlebih dahulu.
"Kita sedar bahawa Malaysia agak ketinggalan dalam 5G. Disebabkan itu usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan yang menubuhkan sebuah syarikat dinamakan DNB untuk mereka mengambil alih tugas (pelaksanaan) 5G ini manakala tugas 4G masih diusahakan oleh syarikat telekomunikasi sedia ada supaya seluruh negara kita ini mendapat 4G dan menutup 3G.
"Usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan ini pertamanya tertumpu di bandar-bandar besar terlebih dahulu dan bukan di kampung-kampung. Jadi ia akan mengambil masa dan kita sedar keadaan ini kita nak percepatkan," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai langkah kerajaan untuk menyegerakan perkhidmatan 5G di Malaysia agar industri kreatif dan digital tidak ketinggalan memandangkan 58 negara termasuk Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura sudah mempunyai perkhidmatan 5G.
Menjawab soalan asal Ahmad mengenai perancangan yang dilakukan untuk menjadikan industri kreatif dan digital sebagai sumber pendapatan kepada golongan belia, Zahidi berkata KKM melalui agensinya menawarkan pelbagai program dalam bentuk kemudahan pembiayaan, pembangunan kapasiti, akses dan promosi bagi meningkatkan penglibatan golongan belia dalam dua industri itu.
Beliau berkata menerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA), sebanyak RM11.16 juta diperuntukkan melalui program Geran Pembiayaan Peralatan Muzik dan Online Streaming, pinjaman mikro usahawan kreatif, program Pembiayaan Karya Kilat dan Pembiayaan Muzik Independen.
Menurutnya, ia melibatkan pembangunan bakat, bantuan pinjaman mudah, bantuan geran untuk pemasaran serta platform untuk penciptaan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi.
"Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pula melalui program di bawah Dana Kandungan Digital turut membantu penggiat industri termasuklah golongan belia dalam penghasilan karya melalui pembangunan kandungan industri kreatif dengan jumlah peruntukan sebanyak RM38 juta," katanya.
Selain itu, Zahidi berkata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut melaksanakan pelbagai program untuk membuka peluang dan memberi manfaat terutamanya kepada golongan belia seperti program Global Online Workforce, program Premier Digital Tech Institutions, program Pembangunan Perusahaan Kandungan Digital, program Penggalakan Penstriman dan Kandungan Video serta Kempen Usahawan Muda di bawah program eUsahawan.
"Di samping itu, program LEVEL UP@Schools atau program pembangunan aplikasi permainan digital dan Kre8tif!@Schools bagi penghasilan animasi mudah telah disediakan khususnya kepada golongan pelajar.
"Sehingga kini, seramai lebih kurang 270,000 peserta yang terdiri daripada golongan belia mendapat manfaat daripada program-program itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021

Zahidi menjawab soalan pada Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

1 maut, 85 cedera dalam nahas dua kereta api di Barcelona
Pemandu kereta api penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.

Elisabeth Borne dilantik Perdana Menteri Perancis yang baharu
Beliau menjadi wanita kedua memegang jawatan berkenaan dalam sejarah politik negara itu.

LKE Musang Queen, program legasi perkongsian durian patuh syariah pertama di Malaysia
LKE Musang Queen menyediakan platform bagi rakan kongsi mengakses pasaran durian melalui tanah pegangan bebas.

HRD Corp jalin kerjasama strategik dengan Johns Hopkins University
Kerjasama tersebut merangkumi penyediaan program latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi tinggi dan terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI), dan teknologi 5G.

Dakwaan kelemahan sistem pengundian parti, JPP PKR ambil serius teguran Rafizi
Sistem aplikasi ADIL yang digunakan untuk pemilihan kali ini mempunyai pelbagai ciri sekuriti untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.

Bailout untuk Sapura? Sudah-sudahlah guna 'angsa emas' Petronas - Ahli Ekonomi
Nungsari berkata Petronas harus menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk menjamin kewangan negara untuk generasi akan datang.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967298/thumbnails/32572378951652746951724_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba Kes dera kanak-kanak tiga tahun, kontraktor sambilan ditahan #AWANInews

Amirudin yakin menang kerusi Naib Presiden PKR
Katanya, walaupun pemilihan PKR masih di peringkat awal, namun maklum balas diterima memberangsangkan.

Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi
Persatuan bas sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation menyambung semula pengedaran bahan api.

ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.

Parlimen: Pelaksanaan 5G tertumpu di kawasan bandar terlebih dahulu - Zahidi
KKMM sedang berusaha untuk mempercepatkan pelaksanaan teknologi 5G bagi menyempurnakan kesalinghubungan Internet ke seluruh negara.