KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) terus diberi layanan istimewa termasuk diberi status sebagai pengeluar nasional kerana masih lagi memenuhi kriteria yang digariskan kerajaan.
Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, ketetapan itu diambil di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan sebagai Projek Kereta Nasional boleh dijadikan panduan mengenai status tersebut.
"Berdasarkan status semasa, Proton masih memenuhi kriteria-kriteria tersebut. Sebagai contoh, Proton telah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, iaitu sekitar 8,500 orang di mana 99 peratus adalah rakyat tempatan.
"Selain itu, Proton telah melantik lebih 180 syarikat tempatan Tahap-1 dalam rantaian pembekalan keseluruhannya, dan nilai purata perolehan tempatan adalah di antara 75 peratus sehingga 80 peratus terutamanya bagi model-model yang dibangunkan secara tempatan sepenuhnya.
"Proton juga telah menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan bagi membolehkan Proton membuat platform, upper body dan enjin sendiri bagi model-model seperti Persona, Iriz, Exora, Saga dan pelbagai model lain sebelum ini," katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) yang memintanya menyatakan mengapa Proton masih diberikan pelbagai layanan istimewa memandangkan ia bukan lagi kereta nasional, malah miliknya juga hanya 51 peratus dikuasai rakyat tempatan.
Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, selain Proton, Perodua juga adalah syarikat pengeluar kereta nasional yang memberi sumbangan kepada pembangunan ekosistem industri automotif tempatan seperti peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, pembangunan rantaian pembekalan tempatan dan R&D.
"Seperti mana syarikat-syarikat pengeluar kenderaan tempatan yang lain seperti Perodua, Honda, Toyota dan Volvo, Proton juga diberi insentif cukai langsung berdasarkan aktiviti pengilangan yang dijalankan kerana melibatkan aktiviti yang digalakkan," jelasnya.
Di samping itu, beliau memberitahu, Proton dan syarikat-syarikat pengeluar kenderaan tempatan yang lain juga berpeluang menikmati insentif cukai tidak langsung seperti pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan, bergantung kepada kaedah penilaian semasa, iaitu melalui analisis kos dan faedah.
Beliau memberitahu, berdasarkan kepada sumbangan Proton dan Perodua kepada industri automotif tempatan, kedua-dua syarikat masih diberi layanan sebagai pengeluar kereta nasional.
"Walau bagaimanapun, Proton dan Perodua hendaklah memastikan bahawa kriteria-kriteria yang digariskan di bawah NAP 2020 dipatuhi.
"Dengan adanya kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah NAP 2020, mana-mana syarikat selain Proton dan Perodua yang dapat memenuhi kriteria-kriteria tersebut juga layak dipertimbangkan untuk diberi layanan sebagai projek kereta nasional," jelasnya.
Pun begitu, Chin Tong berkata, kementeriannya sedia bersedia untuk mengemas kini dasar dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan industri automotif global.
Umavathi Ramayah
Mon Mar 13 2023

Liew Chin Tong berkata, ketetapan itu diambil di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan sebagai Projek Kereta Nasional. -Gambar fail/Bernama

12 maut dalam runtuhan lombong emas
Kejadian berlaku selepas hujan lebat dan sehingga kini beberapa pelombong masih terperangkap di dalamnya.

Filem arahan Syamsul, Syafiq ada ramuan unik - Jurey Latiff
Aura dan kehebatan Yusof Haslam sampai kepada anak-anaknya sehingga dapat menghasilkan filem yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Nahas kereta api; Punca, siapa bertanggungjawab dikenal pasti
Tanpa memberikan butiran lanjut, Ashwini Vaishnaw memberi bayangan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik.

Benzema ambil keputusan bakal tinggalkan Real Madrid
Nama Benzema dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

PN muktamad pembahagian kerusi PRN enam negeri petang ini
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu dijangka selesai kira-kira jam 5 petang.

F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.

Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia
Aktres yang pernah membintangi lebih 250 filem itu menghembus nafas terakhir pada usia 94 tahun.

MoU janjikan masa depan lebih baik untuk artis Malaysia, Indonesia
Karyawan dan FESMI tandatangani MoU untuk bersama-sama menggalakkan pertumbuhan industri muzik di kedua-dua negara.

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Polis kesan pemandu kereta Proton pandu secara berbahaya
Satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian kemalangan yang dipercayai berlaku pada jam 5 petang Khamis itu.

PM Anwar hargai jasa Tun Mahathir terhadap Proton
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sememangnya mempunyai sumbangan dalam syarikat pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton).

PM Anwar rasmi X90, keluaran SUV ketiga Proton
Proton Holdings Bhd terus mengorak langkah ke hadapan apabila merasmikan sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) X90 pada Ahad.

Proton jual 9,415 kenderaan pada April, naik 6.5 peratus dari tahun ke tahun
Proton merupakan satu-satunya jenama lima teratas yang merekodkan kenaikan jualan pada April.

Isteri maut dilanggar suami ketika sedang undur kereta
Seorang wanita maut dilanggar suaminya ketika lelaki berkenaan mengundur keretanya dalam kejadian di Kulim, pada Jumaat.

Proton akan perkenal kenderaan elektrik seawal 2025 - Timbalan CEO
Proton Holdings Bhd mungkin akan mempercepatkan pengenalan kenderaan elektrik yang bersesuaian untuk digunakan oleh pengguna Malaysia seawal tahun 2025 berbanding perancangan awal pada 2027.

Proton lancar Kempen Servis Rahmah dengan pakej berharga RM150
Kempen yang bermula hari ini hingga 31 Mei itu dilancarkan bagi menyahut inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.

Perak sedia kemudahan, tambah baik infrastruktur di Tanjung Malim - MB
Kerajaan negeri akan menyediakan dan menambah baik kemudahan serta infrastruktur di kawasan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.

Pemandu Proton Saga himpit lori, berlagak samseng ditahan
Lelaki tempatan berusia lewat 30-an itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jualan suku pertama Proton melonjak 50.9 peratus
Prestasi kukuh Proton bagi 2023 berterusan dengan jualan suku pertama 2023 melonjak 50.9 peratus dari tahun ke tahun kepada 40,287 unit dan pegangan pasaran berkembang kepada 21.2 peratus.