ISTANBUL: Undian mengenai penyertaan Sweden ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah dijadualkan oleh parlimen Turkiye dan ia terdapat dalam agenda badan perundangan itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut laman web parlimen Turkiye, masa sebenar undian masih tidak jelas dengan agenda Sweden berada di penghujung senarai 42 agenda yang ditetapkan.
Jika Turkiye meratifikasi penyertaan itu, Hungary akan menjadi satu-satunya anggota NATO yang masih belum meluluskan bidaan Sweden untuk menyertai pakatan tentera berkenaan.
Setiap anggota NATO perlu memberikan lampu hijau kepada Sweden untuk menyertai pakatan itu.
Jawatankuasa hal ehwal luar parlimen Turkiye telah pun mengundi menyokong keahlian Sweden.
Ancaman pencerobohan Rusia berikutan perang di Ukraine telah mendorong Sweden dan Finland memohon keahlian NATO dengan Finland menyertai NATO pada April tahun lepas.
Turkiye bagaimanapun melambatkan ratifikasi Sweden selama lebih setahun, menuntut negara Nordik itu menangani kebimbangan keselamatan Ankara terutamanya dakwaan Stockholm menyokong kumpulan yang didakwa Ankara sebagai "pengganas", merujuk kepada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Tue Jan 23 2024
Jika Turkiye meratifikasi penyertaan itu, Hungary akan menjadi satu-satunya anggota NATO yang masih belum meluluskan bidaan Sweden. - Reuters
Polis Sepanyol rampas jersi tiruan, nilai melebihi RM30 juta
Semua jersi tersebut dijual menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Real Madrid dan Borussia Dortmund dan Kejohanan Eropah di Jerman bulan depan.
WHO cemas jumlah kes denggi yang tinggi
Bilangan kes denggi di seluruh dunia dilaporkan meningkat sejak lima tahun lalu, dengan situasi yang amat membimbangkan di benua Amerika tahun ini, menurut laporan baharu yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Beberapa orang awam termasuk polis cedera diserang di Mannheim
Seorang lelaki cedera ditembak polis tempatan selepas mencederakan beberapa individu di dataran di bandar Mannheim barat daya Jerman, pada Jumaat.
Lebih 6,000 mangsa banjir diselamatkan di India
Taufan Emal yang melanda negeri Manipur, di timur laut India menyebabkan lebih 6,000 penduduk di sana terperangkap akibat banjir kilat.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Selepas sabitan bersalah, Trump adakan sidang media
Sehari selepas juri New York mensabitkan bekas Presiden Donald Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan, calon presiden Parti Republikan itu mengadakan sidang media di Menara Trump di Manhanttan.
Bekas Speaker Parlimen Iran Larijani lancar bidaan Presiden
Bekas Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengemukakan pencalonannya untuk pilihan raya Presiden yang ditetapkan bulan depan berikutan kematian Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter.
Bawa gagasan perjuangan Palestin dalam bentuk keamanan
Antara strategi yang boleh digunakan ialah dengan mengajak masyarakat dunia mengutuk kezaliman zionis dan membiarkan mereka menyampah dengan pemeritahan yang zalim.
[TERKINI] SPRM siasat isu suami menteri terima kontrak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima beberapa aduan baharu berhubung isu suami seorang menteri dilantik untuk memberi bukti konsep satu projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor. c
62 jemaah dirawat di hospital, jangkitan paru-paru paling ramai
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, sehingga 29 Mei, seramai 62 jemaah Malaysia jatuh sakit dan dirawat di Pusat Rawatan di Arab Saudi dan Pusat Rawatan Tabung Haji di Mekah.
InvestKL jadi anak syarikat MIDA berkuat kuasa 1 Jun - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mula menggabungkan semua fungsi agensi-agensi penggalakan pelaburan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Johari ketuai lawatan kerja ke Mesir, Turkiye
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesir dan Turkiye dari 27 Mei hingga 1 Jun, 2024.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Malaysia, Turkiye bincang perolehan LMS - Khaled Nordin
Malaysia dan Turkiye sedang mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan perolehan kapal misi pesisir (LMS).
Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel
Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
Mesyuarat khas WEF: Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Turkiye tahan 147 suspek Daesh dalam serbuan di seluruh negara
Seramai 147 suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan Daesh ditahan pihak berkuasa Turkiye dalam serbuan di 33 bandar dan wilayah di negara itu.
Rakyat Turkiye berterima kasih kepada PM Anwar bantu mangsa gempa bumi
Setahun sudah berlalu sejak kejadian gempa bumi menggegarkan Turkiye hingga meragut ribuan nyawa dan menyebabkan ramai hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.
Turkiye kenakan denda AS$160,000 ke atas Meta
Turkiye memutuskan untuk mengenakan denda harian melebihi AS$160,000 ke atas Meta kerana gagal mematuhi kewajipan pertukaran data.
Turkiye kejutkan Jerman di Berlin
Turkiye melakar kejutan apabila menumpaskan tuan rumah rumah Euro 2024, Jerman 3-2 dalam perlawanan persahabatan di Berlin.