awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti komponen BN bincang berkenaan RUU 355 minggu ini

Bernama
Bernama
20/03/2017
23:00 MYT
Parti komponen BN bincang berkenaan RUU 355 minggu ini
SUBRAMANIAM: "Kita tunggu sampai perjumpaan itu, dan selepas itu sahaja kita tahu apa yang telah dicadangkan dan apa yang akan menjadi pendirian kita selepas itu." - Gambar fail
Parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perjumpaan bagi membincangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada minggu ini.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata semua pimpinan tertinggi parti komponen BN akan mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita tunggu sampai perjumpaan itu, dan selepas itu sahaja kita tahu apa yang telah dicadangkan dan apa yang akan menjadi pendirian kita selepas itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Isnin.
Beliau berkata dalam pertemuan bersama Najib dua minggu lepas, MIC telah menyatakan pendiriannya dan menyatakan bahawa perdana menteri memahami kedudukan MIC dalam isu itu.
Pada 17 Mac, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa kerajaan akan membentangkan RUU 355 sebagai usaha untuk memartabatkan agama Islam tanpa menjejaskan pihak lain. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#RUU 355
#S Subramaniam
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan