Pas berharap dapat bertanding di enam hingga 10 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah bulan depan, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata parti itu telah menyerahkan senarai calonnya kepada Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional untuk keputusan akhir.
"Kami sedang merundingkan jumlah kerusi, mungkin enam hingga 10 kerusi berbanding semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) iaitu lapan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
DUN Sabah telah dibubarkan pada 30 Julai untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang ditetapkan pada 26 Sept dengan penamaan calon pada 12 Sept.
Pada PRU14, sejumlah 60 kerusi DUN dipertanding namun pada Julai tahun lepas, Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang menambah bilangan kerusi DUN Sabah kepada 73.
Mengulas lanjut senarai calon, Tuan Ibrahim yang kini Menteri Alam Sekitar dan Air, berkata antara mereka ialah bekas pegawai daerah, pensyarah universiti, jurutera dan tokoh Sabah lain yang berpengaruh.
"Jentera kami telah melakukan persediaan asas dengan kerja amal menjadi fokus utama.
"Jadi sekarang kami menunggu hasil rundingan itu (dengan Muafakat Nasional) yang kami percaya akan dimuktamad tidak lama lagi," katanya.
Beliau juga berharap pada kali ini, sejarah tidak akan berulang seperti ketika mereka kalah tanpa memenangi sebarang kerusi di Sabah semasa PRU14.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 27 2020
Tuan Ibrahim berharap pada kali ini, sejarah tidak akan berulang seperti ketika Pas kalah tanpa memenangi sebarang kerusi di Sabah semasa PRU14. - Gambar fail
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.
Pas beri bayangan bertanding PRN Sabah - Abdul Hadi
Pas Sabah memberi bayangan akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang selepas tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
Larangan bertanding individu disabit jenayah ditarik semula
Keputusan ini membuka jalan kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif bertanding bagi jawatan itu, untuk kali keempat.
Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya
Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.
Pengasas Foxconn umum bertanding pilihan raya Presiden Taiwan
Terry Gou, mengumumkan pada Isnin bahawa beliau akan bertanding untuk pilihan raya presiden Taiwan 2024 sebagai calon Bebas.
PRN: Ahmad Faizal umum tidak bertanding mana-mana kerusi di enam negeri
Ahmad Faizal menegaskan, tugasnya adalah membantu melicinkan perjalanan jentera parti menjelang PRN.
Zambry tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO
Zambry memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan.
Pemilihan UMNO bermula 1 Februari ini
Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023.
Zambry beri bayangan bertanding Pemilihan UMNO
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan UMNO yang bakal diadakan sebelum 19 Mei tahun ini.
PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.