PAS pada Sabtu mengesahkan akan meletakkan calon di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) akan datang.

Mengumumkan demikian, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri ini calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke DUN.

"11 kerusi DUN tersebut ialah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut," katanya, pada Majlis Makan Malam Pelancaran Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak Menjelang PRN-11 di sini malam ini.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali.