awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR

Bernama
Bernama
06/11/2024
06:15 MYT
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Perdana Menteri telah menyatakan tindakan tidak mengambil gaji berikutan keadaan ekonomi negara yang kurang sihat dengan bebanan hutang yang tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan (JPPA) PKR Amidi Abdul Manan berkata sekiranya ada pihak mempersoalkan keikhlasan niat Anwar, maka pihak itu seolah-olah berlagak seperti tuhan yang lebih tahu berbanding malaikat dan nabi berkaitan isi hati manusia.
Amidi berkata hal ini kerana Perdana Menteri telah menyatakan tindakan tidak mengambil gaji berikutan keadaan ekonomi negara yang kurang sihat dengan bebanan hutang yang tinggi.
"Secara tersiratnya PMX (Perdana Menteri ke-10) percaya masih banyak wang negara yang boleh dijimatkan bagi memberikan manfaat yang lebih baik kepada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam yang seakan-akan menyindir Perdana Menteri apabila membayangkan Anwar ingin dilihat lebih baik berbanding Nabi Muhammad SAW.
"Abdul Hadi mengkritik tindakan Perdana Menteri tidak mengambil gaji. Katanya ia tidak wajar kerana tidak selari dengan amalan Rasulullah SAW. Beliau menggunakan istilah lebih daripada Rasulullah SAW.
"Jika itu yang dimaksudkan, ia membawa erti tindakan Perdana Menteri tidak mengambil gaji adalah tidak selari dengan ajaran Islam," kata Amidi.
Beliau turut menjelaskan para ulama berpandangan menjadi satu keharusan jika aajir (pekerja) tidak mengambil upah atas tujuan tertentu daripada musta'jir (majikan).
"Perbuatan tidak mengambil upah juga boleh dilihat sebagai suatu sedekah jika cukup syaratnya sama ada sedekah untuk pihak lain ataupun sedekah kepada majikannya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#gaji
#Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan