awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
Banjir: Pasangan Itali berjaya dikeluarkan dari Taman Negeri Endau Rompin
Warga emas maut dilanggar kereta terbabas laluan bertentangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasang bendera terbalik pengkhianatan terbuka kepada negara - Rizam

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2019
05:00 MYT
Pasang bendera terbalik pengkhianatan terbuka kepada negara - Rizam
RIZAM: semua pihak harus berbangga melihat bendera berkibar dengan megahnya di setiap kawasan. - Gambar Astro AWANI
Pemasangan bendera Malaysia terbalik langkah pihak yang sengaja mahu mempersenda selain pengkhianatan terbuka kepada negara tercinta.
Ketua Pemuda Umno Selangor, Rizam Ismail menegaskan, pihak berkuasa perlu memantau dan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang didapati mengibar bendera terbalik di premis mereka.
"Umum sedia maklum bahawa bendera adalah satu lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh itu janganlah kita ambil mudah terhadap pemasangan bendera terutamanya ketika bulan sambutan kemerdekaan negara.
"Rakyat harus peka dan sedar bahawa pemasangan bendera ini bukti menunjukkan rasa cinta dan bangga kita kepada negara.
"Saya mengecam tindakan beberapa pihak yang menggantungkan bendera secara terbalik.Tahukah semua bahawa apabila seseorang itu menggantung bendera terbalik bagi pandangan saya adalah seseorang yang tidak menghormati negara malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, UMW Toyota membuat permohonan maaf di Facebook Toyota Malaysia atas kesilapan sebuah premis pengedarnya yang menggantung bendera terbalik.
"Perkara ini amat dipandang serius oleh pihak UMW Toyota dan tiada niat sama sekali untuk menghina Jalur Gemilang yang tercinta.
“Pengedar tersebut juga telah membetulkan kesilapan dengan segera dan memohon maaf di laman rasmi FB mereka yang mengakui kecuaian tersebut telah berlaku tanpa disengajakan,” menurut status itu semalam.
"Kekhilafan ini amat dikesali dan sekali lagi kami di UMW Toyota memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia dan memberi jaminan perkara sebegini tidak akan berulang," jelas catatan tersebut.
Dalam pada itu jelas Rizam, semua pihak harus berbangga melihat bendera berkibar dengan megahnya di setiap kawasan.
"Kerana itu saya amat sedih dengan tindakan mereka yang menggantung bendera secara terbalik.
"Saya berharap isu ini tidak lagi berlaku dan ingin mengingatkan kepada semua premis yang ingin memasang 'Jalur Gemilang' supaya lebih berhati-hati dengan membuat pemasangan yang betul sebelum ia dinaikkan dan dikibarkan," katanya.
Topic Berkaitan
#Hari Kemerdekaan ke-62
#Jalur Gemilang
#Malaysia Baharu
#MalaysiaKU
#rakyat
#Toyota
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan