UMUM mengetahui bahawa perceraian memberi kesan kepada sesebuah institusi kekeluargaan, lebih-lebih lagi kepada anak-anak. Perceraian ibu bapa yang kadangkala membawa kepada perebutan hak penjagaan anak mengakibatkan gangguan emosi kepada anak-anak.
Namun begitu, ramai juga pasangan yang berjaya mengorbankan ego dan dendam demi kebajikan anak-anak. Tidak dinafikan bukan mudah untuk pasangan yang sudah berpisah menjalani hidup bekerjasama dalam hal melibatkan kepentingan anak-anak.
Bercerai tidaklah bermaksud untuk bermusuh. Apa yang perlu dilakukan adalah melihat ke depan. Kehidupan lalu yang pernah dilalui bersama perlu disesuaikan terutamanya apabila melibatkan kepentingan anak-anak. Ada istilah masyarakat yang popular, "kahwin elok-elok, takkan semasa dan selepas bercerai ingin gaduh-gaduh".
Oleh itu, tanggungjawab suami yang wajib membayar nafkah, janganlah culas membayar nafkah anak. Pihak yang mendapat hak jagaan anak terutama si ibu, jangan pula menghalang anak untuk terus berjumpa dan berhubung dengan ayahnya.
Ramai pasangan yang terus bermusuh oleh kerana pengabaian nafkah serta perebutan hak penjagaan anak yang tidak berkesudahan kadangkala terjadi selepas penceraian. Pasangan bercerai perlu jaga hak-hak selepas perceraian untuk elakkan pertikaian dan perpecahan lebih serius.
Satu topik menarik yang dibincangkan dalam sebuah program bual bicara wanita bertajuk ‘Berpisah jangan sampai anak terpisah’. Ramai yang memberi komen positif selepas menonton rancangan ini apabila melihat bagaimana pasangan yang ditemu bual ketika itu - Noor Nabila di studio rakaman dan juga bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad melalui panggilan telefon, menunjukkan sikap yang boleh dijadikan contoh oleh pasangan yang sudah bercerai.
Noor Nabila mengatakan bahawa pada awalnya memang susah untuk berhubungan baik dengan bekas suami kerana terlalu memikirkan rasa benci dan dendam, namun selepas dirinya sendiri berfikir dan bermuhasabah, dia merasakan semuanya perlu diselesaikan dengan baik untuk ketenangan dirinya dan juga demi kepentingan anak mereka, Jebat Jayden.
Mereka mengakui selepas keputusan yang diambil untuk bersikap lebih matang dalam menguruskan anak walaupun sudah berpisah, anak mereka dilihat lebih gembira dan ceria kerana mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Ini adalah kesan yang dapat dilihat apabila pasangan yang sudah berpisah tetap menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai ibu dan bapa kepada si anak.
Pasangan yang sudah bercerai namun dapat bekerjasama dalam membesarkan anak adalah mereka yang hebat kerana sanggup mengetepikan ego masing-masing demi anak. Pastinya bukan mudah untuk berbuat demikian namun ia juga tidak mustahil jika pasangan yang sudah berpisah itu sama-sama ingin yang terbaik untuk anak walaupun hubungan antara mereka sudah berakhir.
Perceraian yang terjadi antara pasangan perlulah dilihat dari sudut yang positif. Tentunya tiada siapa yang menginginkan perpisahan dalam rumahtangga, namun semuanya berlaku dengan takdir dan kehendak Allah yang perlu kita akui. Kebahagiaan perlu dicari walaupun sudah berbeza haluan. Kita perlu sentiasa bermuhasabah mencari hikmah dalam setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita.
Islam juga menggalakkan pasangan yang berpisah untuk terus berhubungan baik dan tidak melupakan kebaikan bekas pasangan walaupun rumahtangga yang dibina sudah berkecai. Sikap profesional dan matang perlu ada dalam menguruskan anak-anak agar mereka membesar dalam suasana yang baik dan positif, bukannya dalam acuan penuh benci dan dendam.
Tidak dinafikan, ada juga pasangan yang sering memburuk-burukkan bekas pasangan mereka kepada anak-anak. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana sudah pasti ia memberikan kesan negatif. Sebagai contoh, anak-anak tidak seharusnya mendapat gambaran yang buruk mengenai ayah mereka kerana ini akan menyebabkan timbul perasaan benci dan memberi kesan kepada hubungan mereka.
Jika si ayah tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik, si ibu tidak perlu untuk menaburkan benih kebencian tentang si ayah pada anak kerana si anak sendiri boleh menilai sikap dan tingkah laku ibu dan ayah mereka. Marilah kita sebagai ibu bapa menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak.
Ajarkan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian, ceritakan sahaja apa yang berlaku dengan baik agar anak-anak juga tidak memandang penceraian itu sebagai satu malapetaka kepada kehidupan.
Semoga Allah memudahkan semua urusan pasangan dalam usaha membesarkan anak-anak dalam keadaan yang terbaik sesuai anjuran Islam. Buang yang keruh, ambil yang jernih, semoga kita boleh menjadi individu yang sentiasa melihat perkara positif dalam kehidupan seharian kita.
Perceraian bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima dan dilalui, namun yakinlah ianya bukan penamat segalanya kerana Allah jualah yang menentukan dan Dia tidak menguji hamba-Nya melebihi kemampuan. Semoga setiap keputusan yang diambil dan segala pengorbanan dilakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.
* Dr Norsuhaida binti Che Musa merupakan Penyelaras Klinik Guaman Universiti Sains Islam Malaysia dan juga Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM. Nur Adilah Mat Ripin ialah pelajar Latihan industri Klinik Guaman USIM.
** Kenyataan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Norsuhaida Che Musa, Nur Adilah Mat Ripin
Fri Dec 18 2020
Perceraian bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima dan dilalui, namun yakinlah ianya bukan penamat segalanya kerana Allah jualah yang menentukan. - Gambar hiasan
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
'Saya serahkan kepada peguam' - Fattah Amin terima surat saman dari Fazura
Selebriti Fattah Amin mengesahkan sudah menerima notis tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan di mahkamah membabitkan isu kenderaan.
Keburukan, kekurangan, aib pasangan tidak patut ditularkan - Khutbah Jumaat
Kedua-dua suami dan isteri harus sedar bahawa tidak ada manusia yang sempurna dan terlepas daripada melakukan kesilapan.
Fattah dakwa simpan 'rahsia besar' Fazura
Fattah menjelaskan bahawa beliau akan tetap berpegang kepada janji untuk tidak membuka pekung didada.
Laporan Telenisa: 47 peratus bapa gagal sedia nafkah anak, bayar serendah RM50
Dapatan tersebut menjelaskan isu berkait rapat dengan anak yang sering diajukan oleh klien Telenisa adalah nafkah iaitu sebanyak 47 peratus.
Hafidz Roshdi pasrah terus dicemuh
Aktor Hafidz Roshdi bersikap terbuka sekiranya terus menjadi sasaran cemuhan atau kebencian masyarakat selepas ini.
“Semua yang berlaku ada hikmah” - Bekas suami Irma Hasmie
Bekas suami pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama dua cahaya matanya.
Nora Danish nafi masalah kewangan jadi punca cerai
Nora memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai punca perpisahan mereka kerana mementingkan keharmonian.
Lelaki goda isteri orang berdepan penjara tiga tahun di Terengganu
Mana-mana lelaki yang disabitkan kesalahan menggoda isteri orang di Terengganu berdepan denda RM5,000 atau hukuman tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Jovian, Nina dedah telah bercerai sejak Ogos lalu
Jovian dan Nina berjanji akan memastikan kebahagiaan kedua cahaya mata mereka tetap menjadi keutamaan dan hubungan kedua keluarga dikekalkan.
"Saya bukan nabi" - Perceraian kali ketiga uji kesabaran Engku Emran
Engku Emran meluahkan rasa terkilan apabila berita perceraiannya yang kali ketiga menjadi bahan bualan di media sosial.